JUS MS

JUS MS

JUS MS

Jus MS mengandungi ekstrak pemakanan kesihatan dan sunnah... Antaranya delima,Madu,Kurma,Zaitun,habbatussauda,Kismis dan byk lg...

JUS MS insyaAllah dapat membantu mencegah dan membantu menyembuhkan penyakit kronik seperti* diabetis
* darah tinggi
* stroke
* kanser
* gastrik
* asthma

JUS MS juga berkesan insyaAllah mengeluarkan angin dalam badan dan membantu MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA!!


ingin mencuba??

pm kami di https://www.facebook.com/messages/125072260866970
"SAYA NAK JUS MS"

atau
wassup/sms 0197568607 "SAYA NAK JUS MS"

Sunday, June 28, 2009

Alhamdulillah

hari ini sudah 3 bulan usia kandungan ku....Alhamdulillah segala mabuk2 sudah berkurangan cuma x boleh makan ikan dan semua yg berkaitan dengan ikan..kalau makan maknanya x lekat lagi la makanan dalam perut ni....hm betapa sukarnya pengalaman ingin menjadi seorang ibu...sekarang terpaksa menanggung sakit pada bahagian tulang...ma kata maybe pembawakan budak...so kena kena sabar la sampai perut 9 nanti....semenjak mula mengandung ni mcm2 bermain dlm kepala... banyak benda yang nak di fikirkan...biasa la dulu ader 2 jer tanggungjawab ni dh nak masuk 3....fuh x tahu la leh handle ke x...hope boleh la...nasib baik ader suami and family yg sentiasa menyokong dr belakang...xder la terasa berat sgt semua ni...bila dah menempuh semua ni perasaan sayang pada ma makin bertambah2..yerla dulu pun sayang gak..tp skrg kalau boleh nk jg hati ma supaya x terguris langsung bab susah sebenarnya mengandungkan seseorang anak tuh...

lastly hope sangat anak ni sihat fizikal and metalnya....dan akan menjadi insan yang berguna dan beramal soleh....

Silap Landing Daa


Thursday, June 25, 2009

kenangan bermain badminton

kenangan bermain badminton sempena sukan SME amat memberi makna...walaupun main hanya sekadar memenuhi kolumn n bersuka ria tapi ader gak faedahnya....dan walaupun kalah merangkap no3 tapi tetap berpuas hati....hehehe






Darah @ Dadah


kerana tersilap satu huruf promosi kempen derma darah yang di adakan di negeri selatan tanah air kita telah menjadi bahan ketawa pada sesiapa yang melihat nya... yang peliknya tiada sesiapa dari organisasi yang terlibat dengan kempen ini datang untuk membetulkan ejaan itu...

tenang merenung wajahnya

bila kepala tengah pusing dan pening dengan berjuta masalah..bila di tatap gambar-gambar ini terasa begitu tenang sekali...










Tuesday, June 23, 2009

Jenaka Hari ini - Surat Maaf Datang Lewat Kerja


Kepada Boss.......

Saya mohon maaf kerana hari nie saya terlambat lagi datang ke pejabat. Saya tau, termasuk hari nie, saya dah 10 kali lewat ke pejabat.

Sorry Boss....!!!

Saya tau sepatutnya saya masuk pejabat pukul 8:30 pagi.. Tapi oleh kerana lewat, saaya terpaksa sampai di pejabat pukul 9:00 atau 10:00 pagi. Tapi percayalah Boss, saya bukan sengaja. Keadaan yang buat saya begini. Saya bangun awal Boss... Pukul 6:00 saya dah siap mandi dan pakai baju. Saya turun dari rumah saya pun awal jugak. Boss pun tahu saya just duduk Kuala belait , dekat jer.....

Tapi Boss, bila sampai di pertengahan jalan...saya jadi pening Boss. saya percaya kalau Boss sendiri berada ditempat saya, Boss pun mesti sampai lewat jugak ke pejabat. Percaayalah Boss, saya tak bohong. Kalau Boss nak tahu kenapa saya selalu lewat ke pejabat, meh sini, biar saya tunjukkan........

Yang Benar,

Pekerjamu yang disayangi.......

p/s : harap Boss.....maafkan lah saya....yer....




tazkirah-Lelaki Dayus

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!


Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.


Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain -lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.


"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"


Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.


Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.


Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.


Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )


Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-


1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.


2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.


3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.


4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.


6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.


7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram..


8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki l ain , kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.


9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)


10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.


11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.


12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.


13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.


14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya .


Mungkin kita akan berkata dalam hati :-


" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"


Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.


Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.


Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.


Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.


Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد


Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Sekian

Friday, June 19, 2009

Ingatan di Hari Jumaat (isu Bertudung)

kira-kira matematik tentang isu bertudung dan tahun di neraka...renung-renungkan....

mengikut hadis kalau tak salah saya ( kalau salah tolong betulkan ) sehelai rambut permpuan yang dilihat akan menyebabkan dia berada dalam neraka selama 70 tahun... 70 tahun itu pengiraan hari akhirat .. mengikut al-quran sehari di sana bersamaan 1000 tahun dunia. oleh itu kalao 70 tahun akhirat, pengiraannya ialah :

70 tahun x 360 hari x 1000 tahun = 25 ' 200 ' 000 tahun.

itu baru sehelai rambut, kalau satu kepala. katakan rambut yang ada di kepala jumlahnya ialah 2000 helai, jumlahnya akan jadi :

25 ' 200 ' 000 x 2000 = 5.04 darab 10 kuasa 10

itu jumlahnya kalau seorang lelaki yang tengok. bayangkan di Kuala Lumpur yang jumlah manusianya ribuan orang , berapa agaknya, dan berapa lama rambut di dedahkan, andaikan perempuan itu memakai tudung pada umur 45 tahun setelah mendedahkannya selama 33 tahun sejak umur 12 tahun.

pengiraanya begini:

5.04 x 10 kuasa 10 x 500 lelaki ( andaian dalam sehari ) x 33 tahun x 360 hari =

jumlahnya ialah = 1.49688 x10 kuasa 14.

itulah jumlah tahun kita akan berada di dalam neraka kerana mendedahkan rambut iaitu selama 1.49688 x10 kuasa 14 tahun.

tuan-tuan dan puan-puan, ini baru satu kesalahan ( dedah rambut ) tak termasuk mengumpat orang, menipu, makan harta anak yatim, tak sembahyang, tinggal puasa , derhaka pada ibu bapa, derhaka suami, tak tegur anak sembahyang dan surh mereka tutup aurat, tengok filem blue dsb ...

Ish! banyak dosa tu, jadi betullah firman Allah, bahawa kita akan kekal selama-lamanya dalam neraka ...

kena siksa sehari pun tak tahan, inikan pula makan masa bertrilion-trilion tahun ... sanggup kerrrrr ..... ??????

ada mulut celupar kata ... tua karang kita minta lah ampun, bertaubat ker aper ker .... soalan saya, siapa boleh bagi jaminan taubatnya kan diterima, siapa kita ni nak suruh Allah terima permohonan keampunan setiap kali kita minta .. kita ni hamba sahaja, bukan orang penting pun ... jadi, insafilah diri ... dan siapa boleh bagi jaminan dia boleh hidup sampai esok ... kalau mati sekejap lagi .. entah-entah lepas baca artikel ni ... Allah a ' lam .... kalau itulah nasib kita, nampaknya ahli nerakalah kita semua ni ....

Ya Allah, kesianlah kami, banyak sungguh dosa yang di buat ... ampunkanlah Ya Allah.

Ingatan Sesama Muslim

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

LELAKI & WANITA

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana??? , bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer: -


1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.
HARAM bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini..

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita
******

1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.


Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak..

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita .... kan
WALLAHUA ' LAM

Thursday, June 18, 2009

Bercuti ke Melaka


bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah...habis jer sem 6 aku n hubby terus menuju ke sana untuk memenuhi impian ku...wah impian tuh..ala sajer nk pelengkap cuti-cuti malaysia hari tuh...antara tempat yang di lawati ialah Taman Mini Malaysia...punya la banyak kali g Melaka x pernah jejak kaki ke sini...then when my hubby cerita leh tengok rumah-rumah Asean so tergerak la hati nk kesana...
ni adalah antara rumah2 malaysia yang sempat aku bergambar....x larat nk bergambar semua bab ader 13 buah rumah....yang terlarat jer la aku naik n bergambar...agak menyeramkan naik umah ni..yerla usianya sudah melebihi 20tahun...takut lantai reput jer...




then kami meneruskan perjalanan ke A Famosa...sajer g mandi manda kat sana...best tuh memang la best tapi entah lah kerana ader beberapa insiden yang mengerikan berlaku di hadapan mata ni aku terus x berani nak main apa2 permainan air..trauma lemas pun di Langkawi pun x hilang lagi...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...