Tuesday, November 23, 2010

~Siti Nur Qisyriena~ 1 Tahun 21 Nov 2010



Alhamdulillah sudah genap 1 tahun Qisy membesar di bumi Tuhan ini... selepas melalui pelbagai cabaran dan dugaan ketika nk menjengah dunia ini.. Qisy dapat membesar dengan semakin sihat dan aktif...

masih segar dalam ingatan ini saat melahirkan Qisy pada 21 Nov 2009 jam 0104am d Hospital Muadzam Shah... Tuhan sahaja yang tahu apa yang berlaku pada saat itu... tp ia memberi penuh pengalaman dan pengajaran untuk diri aku ini...


dalam masa ingin membesar Qisy dan aku d uji dengan pelbagai dugaan... Demam kuning yang tinggi dan lambat turun.. sendi2 Qisy yang lemah...batuk dan muntah yang berlanjutan dan cirit birit yang membuat kan aku menitis air mata melihat keadaannya...



dalam hati ini aku sentiasa doakan Qisy membesar sihat seperti insan lain.. Alhamdulillah walaupun Qisy sentiasa x sihat tp keletahnya selalu menghiburkan hati semua org... dan pada saat coretan ini d taip di komputer Qisy sudah sihat dan aktif sekali... Aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan anak yang comel..tembam... dan ceria selalu untuk diri ini...


semoga Qisy akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah