JUS MS

JUS MS

JUS MS

Jus MS mengandungi ekstrak pemakanan kesihatan dan sunnah... Antaranya delima,Madu,Kurma,Zaitun,habbatussauda,Kismis dan byk lg...

JUS MS insyaAllah dapat membantu mencegah dan membantu menyembuhkan penyakit kronik seperti* diabetis
* darah tinggi
* stroke
* kanser
* gastrik
* asthma

JUS MS juga berkesan insyaAllah mengeluarkan angin dalam badan dan membantu MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA!!


ingin mencuba??

pm kami di https://www.facebook.com/messages/125072260866970
"SAYA NAK JUS MS"

atau
wassup/sms 0197568607 "SAYA NAK JUS MS"

Wednesday, January 27, 2010

wasiat abah

copy from email... ader teman yg hantar... so x salah berkongsi


Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa
"penebus rasa bersalah" anak-anak.


Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya... ..

(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian
itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ...
"tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup!
Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak
kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "
dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa
lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu
bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya -
agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu
lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu ' alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu ' anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu ' alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk,
dan juga didirikan bangunan diatasnya.."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam

kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu ' alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata ' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ' anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi...Selalu kata tak sempat lah...apa lah...tapi buat benda-benda pelik banyak masa...esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak...lu buat orang so lu kena la plak...moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la aku gak masih belum terlambat untuk dimulakan...

waallah hu a'lam

Monday, January 18, 2010

2 days with my baby

hm 2 hari bersama Qisy mmg memberi kegembiraan yg x boleh di lupakan... ceh mcm baru jumpa lak... sebenarnyer nk crt gelagat Qisy yg terbaru... balik Ktg baru ni aku bawa la laptop tuk siapkan PSM aku... hm sampai umah hari khamis tp dh lewat so mmg masa tuh tuk si Qisy n melayan kerenah dier... keesokkan paginya kemas umah sikit2... nk buat byk2 x boleh si kecik ni asyik berbunyi bila duk kat atas tilam... hari sabtu baru la ader peluang sikit nk wat PSM bab ramai org kat umah so keje umah ader yg handle... tp yg nk gelaknyer 1st time aku wat keje sambil pangku anak... dier buat perangai xnk duk atas tilam..nk berpeluk jer... Ma ckp kalau aku xder dier xder lak mcm tuh....rilex jer mak aku tinggalkan dier pun xder bunyi... tp bila aku balik jer mula la...24jam nk berpeluk and beriba.... aku faham maybe dier nk bermanja puas2..yerla seminggu dier leh jumpa aku just tuk 2hr...maybe dier nk guna 2hr tu puas2.. hm silap aku la bawa keje balik umah... tp nk wat mcm mana.. byk sgt keje nk siapkan minggu ni...hm kesian lak tgk baby aku tuh... dier mcm faham jer situasi dan keadaan dier... kecik2 dh kena tinggal... so pandai2 la bawa diri tuk x menyusahkan Ummi dier... bila Mama dier balik mmg dier pulun la lepaskan rindu... begitu terharu tgk gelagat dier skrg... kdg2 bila nk balik semula ke UTM hati berat jer nk tinggalkan dier... tp kalau bw dtg sini mana la aku nk letak dier time aku blaja.... hm kalau nk letak kt nursery boleh tp nampak gayanya aku kena cr umah sewa semula... My Mum mmg x bg la bab xnk study aku terganggu... yerla insyaAllah kalau xder aral melintang bulan 4 ni hbs la aku study... dh x sbr ni... hehehe... then after that baru nk fikir apa aku nk wat... sambung blaja? keje? ntah la tgk la mcm mana t

Monday, January 11, 2010

sendi oh sendi

dulu bukan main hebat semua benda berat boleh angkat sendiri... x perlukan bantuan orang lain.... now bila dah menderita sakit sendi nk pegang anak sendiri pun dah x larat... itu baru 3-4Kg.. x tahu la bila Qisy dah makin membesar nanti mampu lagi ker x nak dukung dier.... kadang terasa sayu d hati... dulu waktu kita kecik2 mak dukung kita kemana2 sajer dier pergi...now bila sampai kita jd ibu lak kita x mampu nk dukung anak lama2... takut terlepas... tangan ni dh makin teruk skrg... nk angkat beg baju pun boleh mengalirkan air mata.... x tahu la kat mana silap nyer sampai sendi pergelangan tangan ni jadi mcm ni skrg... kalau sebelah boleh la berkira tapi dua2 belah tangan sakit... bukan aku x redha dengan kesakitan yg Allah berikan ini... mungkin ader hikmah di sebalik kesulitan dan kesakitan yg aku alami ni...

aku cuma bimbangkan masa depan... andai penyakit ini semakin teruk ader ker peluang pekerjaan untuk aku nanti...tp semuanya sudah tertulis... aku terpaksa tabah melalui semua dugaan ini...

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru 1431H dan 2010



Tahun Baru 1431H memang byk membawa erti dlm hidup aku dimana aku sudah menjadi seorang isteri dan juga seorang ibu.... terlalu besar perubahan ini.... azam tuk tahun baru Islam ni kononnya nk berpakaian ayu hehehe maksudnyer berbaju kurung selalu and kurangkan pemakaian seluar..dh jd mama la katakan...but boleh tahan 3 hari jer then terus mcm biasa... susah la bab aku ni jenis kasar bila pakai baju kurung asyik nk jatuh jer.... satu lg azam aku nk berubah jd insan yg baik supaya aku leh jd cth pada anak aku nanti dan mana tahu kot2 jd ibu mithali... nk didik anak kita kena betulkan diri kita dulu... kang jd mcm ketam.. nk ajar anak berjalan lurus sdgkan dier berjalan senget...




then tahun baru 2010 aku berazam nk jd lembut sikit... hehehe maknanya aku nk cuba jd sopan santun punya org la... yer la aku ni kan jenis kasar cian hubby asyik jd mangsa dan terpaksa layan kekasaran aku ni...hehehe aku berazam nk jd lg baik dr tahun lepas and cuba jd isteri yg taat pada hubby... moga2 hubby makin syg mana tahu kot2 leh honeymoon kat cameron highland lak...hehehe.... dalam masa yg sama aku berazam juga nk hbskan aku punya pelajaran dgn jayanya... boleh jd cth tuk adik2 aku n also my baby gurl... Qisyriena nama yg bisa buat aku menitik air mata bila ingatkan dier..

anak mama yg mama syg sgt2 ni t dh besar jd lah insan yg berguna pada agama bangsa dan juga negara... semaikan di hati walau di mana berada agama dan mama, abah, ummi and aboh adeq x lupakan... adeq andai mama x dpt melihat adeq membesar suatu hari nanti mama cuma nk adeq tahu walaupun mama tinggalkan adeq pada ummi dan aboh itu tidak bermakna mama x sygkan adeq... mama terlalu sygkan Qisy tp mama ader perjuangan yg perlu di selesaikan dan mama sudah sedaya upaya untuk hidup berdekatan dan melihat adeq membesar dpn mata mama...
ingatlah syg mama cuma nk yg terbaik tuk anak mama... moga adeq membesar dgn sihat dan sentiasa di bawah keredhaan Ilahi... InsyaAllah syg..

MAMA SAYANG QISY

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...