JUS MS

JUS MS

JUS MS

Jus MS mengandungi ekstrak pemakanan kesihatan dan sunnah... Antaranya delima,Madu,Kurma,Zaitun,habbatussauda,Kismis dan byk lg...

JUS MS insyaAllah dapat membantu mencegah dan membantu menyembuhkan penyakit kronik seperti* diabetis
* darah tinggi
* stroke
* kanser
* gastrik
* asthma

JUS MS juga berkesan insyaAllah mengeluarkan angin dalam badan dan membantu MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA!!


ingin mencuba??

pm kami di https://www.facebook.com/messages/125072260866970
"SAYA NAK JUS MS"

atau
wassup/sms 0197568607 "SAYA NAK JUS MS"

Wednesday, November 12, 2014

Dunia Akhir Zaman

Pengiktirafan transgender : selamat datang Kehancuran..!
Lewat akhir ini kita dikejutkan oleh institusi kehakiman yang membuat ‘kerja gila’ dengan meluluskan hak golongan lelaki yang ingin berpenampilan wanita. Bukan baru hari ini kita dikejutkan dengan ketidakadilan institusi kehakiman di Malaysia, sejak bertahun lalu kita disajikan dengan hukuman penjara bertahun-tahun untuk pencuri RM2, dan hukuman RM300 untuk penari tiang, serta hukuman penjara setahun bagi pessonel kerajaan atas kes rasuah berskala besar.  Biarlah maha hakim yang menghukum hakim-hakim ini jika mereka bersalah. Saya menulis atas kapasiti bukan berlatar undang-undang, maka saya tidak competence untuk mempersoalkan hukuman yang dijatuhkan mereka dari sudut undang-undang. Namun, dari sudut kemanusiaan, saya ingin menulis.
Disaat JPJ menjadi gila menyaman tidak tentu hala sehinggakan plat kenderaan pun dijadikan punca kematian, hakim membenarkan lelaki ingin jadi perempuan. Saya bukan menentang golongan lembut ini, kerana kita memahami mereka ini lembut. Dan tidak patut dihina. Cukup setakat itu! Janganlah sampai kita rehda mereka ingin menjadi wanita.
Analoginya mudah, saya seorang yang kidal dan hampir tidak mampu memakan menggunakan sudu dengan tangan kanan. Paling tidak iktiraflah kekidalan saya ini. Tapi jangan redha seandai saya memakan nasi dengan tangan, menggunakan tangan kiri. Seperti golongan lembut tidak minta dilahirkan lembut, golongan kidal pun tidak minta dilahirkan kidal. Golongan hitam tak minta dilahirkan hitam, golongan pendek tidak minta dilahirkan pendek, dan golongan sengau tidak minta dilahirkan sengau. Tiap individu ada masalah tersendiri, bukan ‘anda’ sahaja nyah.  Namun saya akui, golongan ini tidak harus disisihkan dan dihina.
Seterusnya, pernahkah tuan hakim terfikir mengenai kesan dari penglulusan ini?
Pertama sekali, bila lelaki dibenarkan memakai pakaian wanita. Berapa ramai lelaki yang bebas memasuk tandas wanita hanya dengan modal berpakaian wanita? Perlukah selepas ini ada mesin scanner kemaluan di setiap pintu tandas?
Kedua, bagi golongan nyah beriman, mereka mungkin mengenakan telekung wanita dan bersolat di masjid. Siapa berani halang mereka? Mereka DAPAT KELULUSAN UNDANG-UNDANG!
Ketiga, apa akan terjadi di sekolah? Bayangkan anda seorang guru, dan suatu hari, atas nama hak asasi, murid lelaki anda mengenakan baju kurung dan tudung ke sekolah. Dan anda tiada kuasa berbuat apa-apa, kerana itu hak asasi mereka. Ini gila!
Seterusnya, anda dijalan raya dan melihat sebuah kereta yang dipandu lelaki berpakaian wanita ditahan JPJ. Dan JPJ itu terus menyaman wanita (LELAKI) itu. Ironinya, dia disaman kerana mengubah suai kenderaan, tapi tidak bersalah kerana mengubah suai jantina.! Tidakkah itu gila?? (saya tidak bermaksud menyuruh JPJ buat kerja jabatan agama. Ini sekadar perbandingan.)
Seterusnya, kita jangan lupa, selain wujud golongan lelaki lembut, wujud juga golongan pengkid. Perempuan yang memakai dan berpewatakkan lelaki. Percaya cakap saya, seandainya kes ini tidak dirayu semula di mahkamah, dan kelulusan ini kekal, PASTI selepas ini golongan pengkid pula akan menuntut hak mereka untuk berpakaian lelaki dan diiktiraf hak mereka itu. Maka kesudahannya apa akan terjadi? KEHANCURAN UMMAH.
Yang Arif, saya tak perlu belajar undang-undang hingga peringkat tertinggi untuk memikirkan kesan ini.
Apa kebaikan yang dilihat oleh yang Arif dengan meluluskan permohonan golongan ini? Bisnes tudung akan laris? Mengapa mahu menambah bodoh kepada institusi kehakiman yang sedia tidak cerdik.  Saya mungkin mengerti jika undang-undang ini diluluskan oleh negara barat. Tapi ini terjadi di Malaysia, sebuah negara Islam. Tidak cukupkah kita mengundang bala ALLAH?
Yang Arif, akhir sekali, ingatlah, jika bala ALLAH datang, bukan yang arif seorang yang tanggung azabnya..

yang benar,
IbnuRijal

#copydari mesejwhatssapp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...