JUS MS

JUS MS

JUS MS

Jus MS mengandungi ekstrak pemakanan kesihatan dan sunnah... Antaranya delima,Madu,Kurma,Zaitun,habbatussauda,Kismis dan byk lg...

JUS MS insyaAllah dapat membantu mencegah dan membantu menyembuhkan penyakit kronik seperti* diabetis
* darah tinggi
* stroke
* kanser
* gastrik
* asthma

JUS MS juga berkesan insyaAllah mengeluarkan angin dalam badan dan membantu MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA!!


ingin mencuba??

pm kami di https://www.facebook.com/messages/125072260866970
"SAYA NAK JUS MS"

atau
wassup/sms 0197568607 "SAYA NAK JUS MS"

Saturday, December 25, 2010

Video Qisy

Tuesday, November 23, 2010

~Siti Nur Qisyriena~ 1 Tahun 21 Nov 2010



Alhamdulillah sudah genap 1 tahun Qisy membesar di bumi Tuhan ini... selepas melalui pelbagai cabaran dan dugaan ketika nk menjengah dunia ini.. Qisy dapat membesar dengan semakin sihat dan aktif...

masih segar dalam ingatan ini saat melahirkan Qisy pada 21 Nov 2009 jam 0104am d Hospital Muadzam Shah... Tuhan sahaja yang tahu apa yang berlaku pada saat itu... tp ia memberi penuh pengalaman dan pengajaran untuk diri aku ini...


dalam masa ingin membesar Qisy dan aku d uji dengan pelbagai dugaan... Demam kuning yang tinggi dan lambat turun.. sendi2 Qisy yang lemah...batuk dan muntah yang berlanjutan dan cirit birit yang membuat kan aku menitis air mata melihat keadaannya...



dalam hati ini aku sentiasa doakan Qisy membesar sihat seperti insan lain.. Alhamdulillah walaupun Qisy sentiasa x sihat tp keletahnya selalu menghiburkan hati semua org... dan pada saat coretan ini d taip di komputer Qisy sudah sihat dan aktif sekali... Aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan anak yang comel..tembam... dan ceria selalu untuk diri ini...


semoga Qisy akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah

Wednesday, September 29, 2010

Hari bersejarah ke2

selepas 18 tahun mengabdikan diri pada buku akhirnya segala penat lelah dan usaha selama ini telah terbalas dengan sebuah album penghargaan dari universiti Teknologi Malaysia...dengan erti kata lain ye ye aku dah dapat ijazah... mungkin ini adalah kejayaan pertama untuk aku dalam mencapai kejayaan demi kejayaan d masa hadapan..mana tahu tiba2 terbuka hati nak terus menghambakan diri pada buku dan ilmu...

tanggal 27hb september 2010 aku dengan megah (tersipu2 malu pun yer gak) melangkah ke atas pentas dewan Sultan Iskandar untuk mengambil ijazah yang amat d dambakan oleh semua yang bergelar pelajar... terbalas la segala penat lelah, titik peluh, titisan air mata.. dan juga masa selama ini...

akhir kata untuk Ma dan Pa... ini la yang dapat akak hadiahkan selepas apa yang Ma Pa dah curahkan pada akak selama ini... JasaMu tidak akan akak lupakan selamanya






Thursday, September 2, 2010

pengongsian ilmu (hukum memakai gelang untuk lelaki)

Oleh Ustaz Zainuddin Hashim

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.



Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-

1) Gelang Kayu koka


2) Gelang Kristal


3) Gelang Tasbih


4) Gelang Getah plastik


5) Gelang Besi magnet


6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.



Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

wallhualam.

Ustaz Zainuddin Hashim

Pintu Taubat Wanita Berzina Terbuka Luas

tulisan ini adalah rentetan dari gejala sosial yang makin berleluasa di bumi ini... semoga ada pengiktibaran dari nya

Masyarakat perlu ada sifat pemaaf, prihatin bendung gejala buang bayi daripada berleluasa

PERSEPSI negatif masyarakat terhadap dosa penzina agaknya melampau sampai ke tahap tiada ampun lagi. Jika setakat mencela perbuatan terkutuk itu tidaklah berat ditanggung penzina yang mahu bertaubat. Tetapi jika sampai tidak menaruh belas kasihan bahkan dipulaukan, dikeji seumur hidup sampai anak yang dilahirkan turut sama menanggung dosa orang tua dengan panggilan anak haram, diistimewakan dengan sebutan nama berbin dan binti Abdullah supaya berbeza daripada anak-anak lain, apakah ini sikap memaafkan masyarakat kita?

Apabila berlaku fenomena membuang bayi, kita sepakat mengutuk sekeras-kerasnya kejahatan ini tanpa menilai mengapa ia berlaku. Adakah disebabkan budaya masyarakat yang jauh menyeleweng daripada agama, jika benar mengapa ramai orang Islam yang terbabit?

Mungkin orang kafir lebih bijak menghapuskan benih perzinaan itu dengan melakukan pengguguran, tetapi persoalannya adalah sikap membunuh darah daging yang sempurna bentuk jasad dan sifatnya itu lebih kejam daripada pengguguran pada awal kandungan.

Kita tidak mempersoalkan tindakan mana lebih kejam kerana memang kedua-duanya adalah dosa besar dalam Islam. Tetapi umat Islam perlu memiliki sifat kemanusiaan dan jangan menghukum teruk wanita yang berzina supaya mereka tidak takut dan kembali melakukan dosa besar dengan membuang bayi.

Bayi tidak berdosa itu terbunuh mungkin disebabkan proses kelahiran yang disembunyikan akibat perasaan takut dan malu, bukan kerana sengaja mahu dibunuh. Bagaimana jika ia bukan hasil perzinaan, kerana jenayah rogol misalnya atau 'haruan makan anak'?

Disebabkan masyarakat tiada belas kasihan dan keluarga berantakan, maka wanita yang terbabit berusaha menutupi dosa dengan melahirkan sendiri anak tak berdosa itu. Mustahil mereka mahu membunuh bayi selepas kelahiran. Kalau berniat membunuh, mereka akan melakukannya pada awal kandungan lagi. Mungkin sesetengahnya tidak sempat menggugurkan kandungan dan terpaksa menunggu saat kelahiran, tetapi pada masa menunggu itu mengapa keluarga dan masyarakat tidak mahu memaafkan sehingga wanita ini putus asa dan akhirnya membunuh bayinya.

Keluarga dan masyarakat berperanan besar dalam menyelesaikan fenomena ini. Orang Islam yang taat jangan sesekali memandang serong wanita yang sudah bertaubat. Mereka yang terlanjur dan mahu bertaubat sepatutnya dibimbing, dikasihani dan ditunjukkan jalan keluar. Jika kita bersikap keras, membenci dan terus memusuhi mereka tanpa memberi peluang, fenomena sebegini akan berlarutan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu [246]. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali Imran ayat: 159)

Kita dituntut untuk terpanggil dan sensitif dengan gejala tidak sihat di sekeliling rumah, tempat kerja, lingkungan di seluruh negeri kita. Jika ada anak saudara yang terlanjur, mampukah kita memberi kemaafan dan menanggung sama aib itu, atau kita menutupinya kerana takut dicemuh masyarakat kemudian tidak peduli dengan perbuatannya bahkan melarang anak perempuan kita bergaul rapat dengannya?

Bukankah lebih baik mengajar anak-anak kita menolong, menasihat dan mencari jalan keluar supaya taubatnya benar-benar nasuha? Malangnya, cerita keji itu tetap dikenang selamanya dan dijadikan cacian dalam keluarga sendiri padahal wanita itu sudah bertaubat.

Kita lihat pandangan dan sikap Baginda SAW terhadap wanita berzina dalam suatu hadis mengenai taubat yang bermaksud, "Ada seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah SAW sedang dirinya hamil kerana berzina. Dia berkata: Wahai Rasulullah aku telah melakukan kesalahan yang menyebabkan aku terkena hudud, maka laksanakanlah hudud itu kepadaku. Kemudian Rasulullah SAW memanggil wali perempuan ini dan bersabda: Berbuat baiklah kepadanya apabila sudah melahirkan bawalah dia kepadaku." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW tidak sesekali mengeji wanita yang ingin bertaubat ini, tidak mencari dan mengheret lelaki yang melakukannya dan tidak menjatuhkan hudud ke atasnya saat itu juga. Bahkan Rasulullah SAW berpesan kepada ayahnya atau bapa saudaranya atau saudara lelakinya supaya menjaga wanita ini baik-baik. Betapa lembutnya akhlak Nabi SAW, sedangkan ramai anak-anak perempuan di sekelilingnya terlanjur tak dapat menahan marah ke atas mereka. Sehingga menyebabkan wanita itu tetap dalam kejahatannya bahkan bertambah jahat lagi dengan membuang bayi mereka.

Kemudian selepas wanita itu melahirkan dan cukup tempoh penyusuan bayinya, sesudah dia meninggal dalam hudud, baginda mensolatkannya. Umar r.a. bertanya: Wahai Rasulullah mengapa engkau mensolatkan wanita ini padahal dia berzina. Rasulullah bersabda: "Wanita ini benar-benar bertaubat seandainya taubat itu dibahagi kepada 70 orang Madinah nescaya masih cukup. Pernahkah kamu mendapatkan orang yang lebih utama daripada seorang yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Azza Wa Jalla."

Seperti kita, Umar mengeji sekeras-kerasnya penzina. Tetapi Rasulullah SAW mengingatkan mengenai kedudukan taubat lebih tinggi lagi daripada segala kejahatan yang pernah dilakukan manusia.

Sebelum hudud ditegakkan, negara mesti menyediakan badan dakwah dan kebajikan yang aktif berperanan mendidik umat, menggunakan pendekatan kasih sayang dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar, membanteras jenayah dengan usaha pencegahan berlandaskan ilmu, nasihat dan bimbingan.

Jika ibu bapa sibuk dengan urusan sendiri, tidak menghiraukan pendidikan agama kepada anak-anak, langkah terbaik adalah mengenakan dulu hukuman ke atas ibu bapa yang tidak bertanggungjawab sebelum menyalahkan anak-anak terbabit.

Malang sungguh, saat terlanjur mereka diberhentikan daripada pengajian, dipulau keluarga, tiada yang sudi menasihati dan membimbing, jalan taubat ditutup rapat oleh masyarakat sekeliling. Jika kita tidak mengubah persepsi terhadap wanita-wanita malang ini selamanya gejala buang bayi akan berleluasa.

WaAllah hu A'lam

Thursday, August 19, 2010

ini namanya xde keje

petang2 macam ni xder keje yg nk d buat.... makanan untuk berbuka hari ni sudah pun siap di sediakan... senang jer hari ni... pa nk makan kari daging + ikan kering + sambal belacan.... ish tiba2 rasa x sbr nk tunggu masuk waktu berbuka hehehehe....

hm malam td si debab @ Qisy buat perangai lagi... xm0 tdo...apa la yg x kena dgn si debab tuh... mata mengantuk tapi marah bila nk d tdokan... hampir seminggu dia buat perangai... kul 1-2 pg aku masih terkebil2 melayan karenah dier... agaknya beginila apa yang Ma aku penah rasa dahulu dlm membsarkan 5 org anaknya...

so dari membuang waktu sampai pg tuh aku pun xder keje lain selain dr berfikir apa aku nk goreng dlm temuduga 27hb tuh nanti... aku ni di kira agak kelemahan sikit dalam english... setakat rojak campur tuh boleh la... bila dh kena dlm BI keyakinan diri agak kurang sikit.... kalau d tanya tentang latar belakang ok la..kalau isu semasa mahu aku jawab i dont know sir because i dont like to read news paper... hehehehe

rasa mcm dh panjang aku tulis tp jam baru gerak 2 minit hehehe... kurang pahala poser aku...hehehe... hm baju raya tahun ni masih x fikir lagi nk pakai kaler apa... agak2nya la warna apa yg menarik...hijau family abg aku dh cop... biru tahun tahun lepas dh biru...merah pun dh banyak sgt baju warna merah... hitam? mcm x kena jer hehehe... putih? sopan sgt lak aku time makan t takut kotor... kuning kompom x sesuai bab aku ni gelap...so warna apa eh? Purple favourite kaler tp hubby x suka lak... fenin2..

k la stakat ni jer tulisan merapu tahap meraban aku time ni... mana lak anak aku g ni... berjalan ajer keje nya...

Saturday, August 14, 2010

5 perkara ajer

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-


1:Wajah yang cantik

2:Duit yang banyak

3:Kesihatan yang baik

4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari


Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi SAW itu walaupun satu ayat )

‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286

Friday, August 13, 2010

10 alasan mengapa aku rindukan ramadhan




1. Gelaran taqwa

"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
QS al-Baqarah: 183

Kemudahan-kemudahan yang diberikan Allah kepada hambanya yang taqwa, antara lain:
a. Jalan keluar dari semua masalah
b. Dicukupkan keperluannya
c. Ketenangan jiwa, tidak khuatir dan bersedih hati



2. Bulan pengampunan


Diriwayatkan Bukhari Muslim dan Abu Dawud, "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."



3. Pahalanya dilipatgandakan

Rasulullah bersabda, "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya."
HR Bukhari Muslim



4. Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup

"Kalau tiba bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka, dan syaitan-syaitan terbelenggu."
HR Muslim



5. Ibadah istimewa

Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah melalui hadith qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku."
HR Bukhari Muslim



6. Dicintai Allah

Bila Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadith Qudsi, "Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya."
HR Bukhari



7. Do'a dikabulkan

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang berdoa apabila dia berdoa, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku."

QS. al-Baqarah: 186

Benar, berdoa pada Ramadhan mendapat tempat khusus, seperti dikatakan Nabi saw, "Tiga doa yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan doanya orang teraniaya. Allah mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu-pintu langit. 'Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang."
HR Ahmad dan Tirmidzi



8. Turunnya Lailatul Qadar

Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan.

(QS al-Qadr)

Ada dua tanda lailatul qadar. Al Qur'an menyatakan, "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat JIbril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh)kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar.”
QS al-Qadr: 4-5



9. Meningkatkan kesihatan

Dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat beristirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. Empat jam diproses di dalam perot dan empat jam di usus kecil (ileum).

Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang dilakukan para ahli kesihatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah putih secara automatik akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun kotoran dan hampas, mempercepat regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam perut, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan saraf.



10. Penuh harapan

"Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, iaitu tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya."
HR Bukhari

Thursday, August 12, 2010

Wajah PuteriKu d Melaka

08/08/10 aku, hubby n puteriKu Qisy bertolak ke Melaka... pelbagai mimik muka yang d buat oleh Qisy dapat d rakam sepanjang percutian 3D 2N ini.... menginap d Hotel sri Malaysia... so far everything bagus... suka sgt Qisy dpt duk hotel ada swimming pool... hehehe









wah mama n Qisy pakai sedondon purple... hehehe sabo jer la Adeq yer...dh mama mmg minat sgt dgn warna Purple...nasib baik hubby aku berkeras x mo beli baju purple kalaux 3 3 sedondon...


Friday, June 18, 2010

19 keistimewaan wanita

di pagi jumaat ini saja nk kongsi apa yg ada dlm inbox email aku dgn semua kwn2 girl yg lain

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

wa Allah hu a'lam

Tuesday, June 1, 2010

1st Jun 2010



hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan ku... Alhamdulillah dalam 2 tahun usia itu banyak sudah perkara yang terpaksa kami tempuh bersama2... untuk ulang tahun ke-2 ini aku bertambah gembira kerana pada saat ini aku sudah melengkapkn lagi status diri ini dengan bergelar ibu pada anak suami ku... tahun ni kami sambut awal sikit ulang tahun...biasa la tahun ni 1st Jun jatuh hari bekerja... suami pula sibuk banyak keje jadi x boleh nk ambik cuti jd pada 29hb Mei kami dah g sambut ulang tahun d Kuantan.. g main air jer... cadang nk beli kek tapi apakan daya masa x mengizinkan... dalam bergembira pasti ada sedihnya kan... hari ni aku sedang menanggung kesakitan yang teramat sgt... telinga ku bengkak sampai nk makan dan bercakap pun dh x mampu... kesian kat diri sendiri... time malam nk tdo x payah cakap la denyut nya tuhan ajer yang tahu... semoga sakit ini cepat sembuh bab dh x tertanggung sorang2... hm apa apa pun selamat ulang tahun kepada diri ku dan juga pasda suami ku.... semoga rumahtangga yang kita bina ini berkekalan sampai ke akhir hayat di samping Qisyriena...



Friday, May 7, 2010

Hari Ibu


Buat pertama kalinya tahun ini aku akan mehyambut hari ibu... xmO la panggil hari ibu..hehehe hari mama la bab anak aku panggil aku mama... bangga seketika bila terasa diri ini sudah lengkap... aku seorang anak, isteri, mama dan bakal graduation..hehehe riaknyer... xder la... sajer jer... kadang2 bila pandang wajah Qisyriena hati aku bagai x percaya yang aku kini sudah bergelar mama... sekejap jer masa berlalu... rasa mcm semalam aku main bola rounders dgn jiran umah... sekarang dua dua dah jadi emak orang hehehe... di kesempatan ini aku nk ucapkan selamat hari Ma pada mak aku... selamat hari mama pada kak ipar, mak sedare and diri aku sendiri... semoga anak kita nanti menjadi insan yang berjuang mempertahankan agama bangsa dan negara.... menjadi anak yang soleh/solehah dan berjaya dunia akhirat...Amiin...

pada anak kesayangan mama Siti Nur Qisyriena Lokman... semoga Adeq menjadi insan yang bertakwa beriman dan patuh pada ajaran agama... menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.... mama sayang adeq sepenuh hati mama.....

Monday, April 5, 2010

teringat zaman kecik2 dulu

Assalamualaikum...

dah lamanya x menulis di blog sendiri... sibuk menghabiskan baki2 kerja dalam usaha menghabiskan sisa2 hari bergelar pelajar... sibuk dengan thesis... dengan final.. n sibuk juga duk cari tempat praktikal... tgh2 duk wat keje buka la email tuk relaxkan minda jap... then dpt gambar ni... teringat zaman kecik2 dulu... Ma cerita aku ni kalau dh ngantuk mmg x nyusahkan org... kat mana2 pun aku leh tdo... mcm gambar yang aku nk kongsi dgn korang ni...





tapi naper la anak aku x mcm tuh.... bila nk tdo selagi x lenguh tgn org enjut buai tuh xder nyer dier nk pejam mata... hm kesian lak kat Ma dgn Pa terpaksa bersusah payah jaga si debab merangkap anak aku tuh...

Friday, March 12, 2010

KIAMAT....

jom kita sama2 renungkan tanda2 kiamat yg sedang berlaku di sekeliling kita...benarkah bumi akan musnah pada tahun 2012 seperti yang di war-warkan org barat sekarang???? tp kita harus ingat mempercayai kiamat terjadi pada tahun 2012 seperti yg org barat percaya adalah syirik... kita boleh mempersiapkan diri menghadapi kiamat bukan mempersiapkan diri menghadapi tahun 2012...

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..


22 Tanda Kiamat Semakin Hampir


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.


Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah


~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA


"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."



Islam kerana Tradisi, Islam kerana Famili, Mengapa Tidak Islam Kerana Mencari

Wednesday, March 3, 2010

Solat Di awal Waktu



Assalamualaikum w.b.t

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi...



Sebagai contoh, pada waktu SUBUH alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna HIJAU (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pengh adam an. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

waAllah hu A'lam

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di ' kurniakan ' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Wednesday, February 10, 2010

Selagi Ada Rindu

pagi2 yang hening apa kata kita layan lagu jiwang yg berjaya menyentuh hati aku dgn lirik yang mendalam maknanya....

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi

co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu

Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

Tuesday, February 9, 2010

sajer nk menulis

rasanya dh lama x menulis dlm blog ni... kebanyakkan nyer copy n paste jer maklumat2 tuh.. bukan apa sekarang terlalu sibuk... nk memikirkan idea nk tulis apa pun x sempat.. huhuhu sibuk tul tuh... mana x sibuk.. Isnin sampai Khamis kena siapkan semua keje bab nk balik Kampung pastuh... kalau dh kat kampung x guna bawa balik keje... kompom x leh nk wat... si kecik tuh langsung x nk berenggang... tinggal nk masak pun dh bunyi... kalau org lain jaga tdonyer x lama... tp kalau tgn mama dier yg duk atas badan tdo bukan main lena lagi... anak mama mmg manja tul skrg... kalau nangis pun syahdu jer bunyi nyer...

hm hr ni aku bersyukur kerana design tuk PSM aku dh d approvekan.. walaupun sebenarnya byk lg nk kena wat improvement tp ok la bab dh boleh proceed dgn benda lain... dh kelam kabut nk siapkan ni... bygkan ader lg 5 minggu jer tuk aku siapkan semua sekali.. nk fabricate and then testing then nk siapkan atas paper lg... x tahu la sempat ker x... tp hope sempat bab aku xnk extend... x rela beb...

balik kali ni aku tersentuh hati tgk anak aku... rindu sgt kat aku agaknya... yerla last week x balik... penat ma n pa jaga dier... x pnh2 wat perangai dier wat perangai.. waktu aku ader senyap jer.. mlm pun x nangis... minta susu pun just merengek manja jer... ma cerita kalau aku xder terus meraung kalau jaga.. hm kesian kalau dgr cerita ma tuh.. yerla dier punya naluri kuat betul.. maybe dier xnk d tinggalkan lg that why bila aku balik dier buat perangai baik dgn harapan aku akan bawa dier sama pastuh... tp apakan daya aku x mampu... tp ntah la tgk la mcm mana pasni... hasrat d hati mmg nk bawa gak.. kesian sgt kat dier... mungkin aku akan bincang dgn laki aku tntg hal ni... nk cr pengasuh tuk 2 3 jam aku kat kelas ni yg agak bermasalah... yerla ader ker org nk jaga tuk 2 3 jam jer... hm nk cr umah lagi.. itu la problem yg tgh aku fikirkan skrg ni...

hope akan dtg ilham kepada aku dalam menyelesaikan semua konflik ni...

Monday, February 8, 2010

Buang Bayi

jom kita rehatkan minda jap... layan cerita pendek di bawah

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu
: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?

Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu: HEHEHEHEHE....

Tuesday, February 2, 2010

keistimewaan memeluk anak..

kali ni aku nk kongsi tentang keistimewaan memeluk anak.. so saper yg xder anak lagi tuh boleh la plan naik pelamin cpt2 and dpt anak tuk dpt keistimewaan ini... slh satunya bila kita peluk anak hati kita akan tenang dan terasa amat bahagia...x percaya try lah... k la baca la bacaan di bawah tuk tahu keistimewaan2 itu... selamat membaca

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya
itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab





" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Perempuan=Daun Semalu????

Renungan di hari Selasa tuk semua kawan2 perempuan ku

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, di keheningan pagi ini aku masih mampu bernafas lagi dan Selawat serta Salam bagi Rasulullah S.A.W, Ahli keluarga Baginda dan Para Sahabatnya.

Ada hadith meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah.

Wednesday, January 27, 2010

wasiat abah

copy from email... ader teman yg hantar... so x salah berkongsi


Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa
"penebus rasa bersalah" anak-anak.


Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya... ..

(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian
itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ...
"tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup!
Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak
kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "
dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa
lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu
bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya -
agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu
lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu ' alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu ' anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu ' alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk,
dan juga didirikan bangunan diatasnya.."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam

kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu ' alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata ' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ' anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi...Selalu kata tak sempat lah...apa lah...tapi buat benda-benda pelik banyak masa...esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak...lu buat orang so lu kena la plak...moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la aku gak masih belum terlambat untuk dimulakan...

waallah hu a'lam

Monday, January 18, 2010

2 days with my baby

hm 2 hari bersama Qisy mmg memberi kegembiraan yg x boleh di lupakan... ceh mcm baru jumpa lak... sebenarnyer nk crt gelagat Qisy yg terbaru... balik Ktg baru ni aku bawa la laptop tuk siapkan PSM aku... hm sampai umah hari khamis tp dh lewat so mmg masa tuh tuk si Qisy n melayan kerenah dier... keesokkan paginya kemas umah sikit2... nk buat byk2 x boleh si kecik ni asyik berbunyi bila duk kat atas tilam... hari sabtu baru la ader peluang sikit nk wat PSM bab ramai org kat umah so keje umah ader yg handle... tp yg nk gelaknyer 1st time aku wat keje sambil pangku anak... dier buat perangai xnk duk atas tilam..nk berpeluk jer... Ma ckp kalau aku xder dier xder lak mcm tuh....rilex jer mak aku tinggalkan dier pun xder bunyi... tp bila aku balik jer mula la...24jam nk berpeluk and beriba.... aku faham maybe dier nk bermanja puas2..yerla seminggu dier leh jumpa aku just tuk 2hr...maybe dier nk guna 2hr tu puas2.. hm silap aku la bawa keje balik umah... tp nk wat mcm mana.. byk sgt keje nk siapkan minggu ni...hm kesian lak tgk baby aku tuh... dier mcm faham jer situasi dan keadaan dier... kecik2 dh kena tinggal... so pandai2 la bawa diri tuk x menyusahkan Ummi dier... bila Mama dier balik mmg dier pulun la lepaskan rindu... begitu terharu tgk gelagat dier skrg... kdg2 bila nk balik semula ke UTM hati berat jer nk tinggalkan dier... tp kalau bw dtg sini mana la aku nk letak dier time aku blaja.... hm kalau nk letak kt nursery boleh tp nampak gayanya aku kena cr umah sewa semula... My Mum mmg x bg la bab xnk study aku terganggu... yerla insyaAllah kalau xder aral melintang bulan 4 ni hbs la aku study... dh x sbr ni... hehehe... then after that baru nk fikir apa aku nk wat... sambung blaja? keje? ntah la tgk la mcm mana t

Monday, January 11, 2010

sendi oh sendi

dulu bukan main hebat semua benda berat boleh angkat sendiri... x perlukan bantuan orang lain.... now bila dah menderita sakit sendi nk pegang anak sendiri pun dah x larat... itu baru 3-4Kg.. x tahu la bila Qisy dah makin membesar nanti mampu lagi ker x nak dukung dier.... kadang terasa sayu d hati... dulu waktu kita kecik2 mak dukung kita kemana2 sajer dier pergi...now bila sampai kita jd ibu lak kita x mampu nk dukung anak lama2... takut terlepas... tangan ni dh makin teruk skrg... nk angkat beg baju pun boleh mengalirkan air mata.... x tahu la kat mana silap nyer sampai sendi pergelangan tangan ni jadi mcm ni skrg... kalau sebelah boleh la berkira tapi dua2 belah tangan sakit... bukan aku x redha dengan kesakitan yg Allah berikan ini... mungkin ader hikmah di sebalik kesulitan dan kesakitan yg aku alami ni...

aku cuma bimbangkan masa depan... andai penyakit ini semakin teruk ader ker peluang pekerjaan untuk aku nanti...tp semuanya sudah tertulis... aku terpaksa tabah melalui semua dugaan ini...

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru 1431H dan 2010



Tahun Baru 1431H memang byk membawa erti dlm hidup aku dimana aku sudah menjadi seorang isteri dan juga seorang ibu.... terlalu besar perubahan ini.... azam tuk tahun baru Islam ni kononnya nk berpakaian ayu hehehe maksudnyer berbaju kurung selalu and kurangkan pemakaian seluar..dh jd mama la katakan...but boleh tahan 3 hari jer then terus mcm biasa... susah la bab aku ni jenis kasar bila pakai baju kurung asyik nk jatuh jer.... satu lg azam aku nk berubah jd insan yg baik supaya aku leh jd cth pada anak aku nanti dan mana tahu kot2 jd ibu mithali... nk didik anak kita kena betulkan diri kita dulu... kang jd mcm ketam.. nk ajar anak berjalan lurus sdgkan dier berjalan senget...




then tahun baru 2010 aku berazam nk jd lembut sikit... hehehe maknanya aku nk cuba jd sopan santun punya org la... yer la aku ni kan jenis kasar cian hubby asyik jd mangsa dan terpaksa layan kekasaran aku ni...hehehe aku berazam nk jd lg baik dr tahun lepas and cuba jd isteri yg taat pada hubby... moga2 hubby makin syg mana tahu kot2 leh honeymoon kat cameron highland lak...hehehe.... dalam masa yg sama aku berazam juga nk hbskan aku punya pelajaran dgn jayanya... boleh jd cth tuk adik2 aku n also my baby gurl... Qisyriena nama yg bisa buat aku menitik air mata bila ingatkan dier..

anak mama yg mama syg sgt2 ni t dh besar jd lah insan yg berguna pada agama bangsa dan juga negara... semaikan di hati walau di mana berada agama dan mama, abah, ummi and aboh adeq x lupakan... adeq andai mama x dpt melihat adeq membesar suatu hari nanti mama cuma nk adeq tahu walaupun mama tinggalkan adeq pada ummi dan aboh itu tidak bermakna mama x sygkan adeq... mama terlalu sygkan Qisy tp mama ader perjuangan yg perlu di selesaikan dan mama sudah sedaya upaya untuk hidup berdekatan dan melihat adeq membesar dpn mata mama...
ingatlah syg mama cuma nk yg terbaik tuk anak mama... moga adeq membesar dgn sihat dan sentiasa di bawah keredhaan Ilahi... InsyaAllah syg..

MAMA SAYANG QISY

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...