JUS MS

JUS MS

JUS MS

Jus MS mengandungi ekstrak pemakanan kesihatan dan sunnah... Antaranya delima,Madu,Kurma,Zaitun,habbatussauda,Kismis dan byk lg...

JUS MS insyaAllah dapat membantu mencegah dan membantu menyembuhkan penyakit kronik seperti* diabetis
* darah tinggi
* stroke
* kanser
* gastrik
* asthma

JUS MS juga berkesan insyaAllah mengeluarkan angin dalam badan dan membantu MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA!!


ingin mencuba??

pm kami di https://www.facebook.com/messages/125072260866970
"SAYA NAK JUS MS"

atau
wassup/sms 0197568607 "SAYA NAK JUS MS"

Wednesday, February 10, 2010

Selagi Ada Rindu

pagi2 yang hening apa kata kita layan lagu jiwang yg berjaya menyentuh hati aku dgn lirik yang mendalam maknanya....

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi

co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu

Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

Tuesday, February 9, 2010

sajer nk menulis

rasanya dh lama x menulis dlm blog ni... kebanyakkan nyer copy n paste jer maklumat2 tuh.. bukan apa sekarang terlalu sibuk... nk memikirkan idea nk tulis apa pun x sempat.. huhuhu sibuk tul tuh... mana x sibuk.. Isnin sampai Khamis kena siapkan semua keje bab nk balik Kampung pastuh... kalau dh kat kampung x guna bawa balik keje... kompom x leh nk wat... si kecik tuh langsung x nk berenggang... tinggal nk masak pun dh bunyi... kalau org lain jaga tdonyer x lama... tp kalau tgn mama dier yg duk atas badan tdo bukan main lena lagi... anak mama mmg manja tul skrg... kalau nangis pun syahdu jer bunyi nyer...

hm hr ni aku bersyukur kerana design tuk PSM aku dh d approvekan.. walaupun sebenarnya byk lg nk kena wat improvement tp ok la bab dh boleh proceed dgn benda lain... dh kelam kabut nk siapkan ni... bygkan ader lg 5 minggu jer tuk aku siapkan semua sekali.. nk fabricate and then testing then nk siapkan atas paper lg... x tahu la sempat ker x... tp hope sempat bab aku xnk extend... x rela beb...

balik kali ni aku tersentuh hati tgk anak aku... rindu sgt kat aku agaknya... yerla last week x balik... penat ma n pa jaga dier... x pnh2 wat perangai dier wat perangai.. waktu aku ader senyap jer.. mlm pun x nangis... minta susu pun just merengek manja jer... ma cerita kalau aku xder terus meraung kalau jaga.. hm kesian kalau dgr cerita ma tuh.. yerla dier punya naluri kuat betul.. maybe dier xnk d tinggalkan lg that why bila aku balik dier buat perangai baik dgn harapan aku akan bawa dier sama pastuh... tp apakan daya aku x mampu... tp ntah la tgk la mcm mana pasni... hasrat d hati mmg nk bawa gak.. kesian sgt kat dier... mungkin aku akan bincang dgn laki aku tntg hal ni... nk cr pengasuh tuk 2 3 jam aku kat kelas ni yg agak bermasalah... yerla ader ker org nk jaga tuk 2 3 jam jer... hm nk cr umah lagi.. itu la problem yg tgh aku fikirkan skrg ni...

hope akan dtg ilham kepada aku dalam menyelesaikan semua konflik ni...

Monday, February 8, 2010

Buang Bayi

jom kita rehatkan minda jap... layan cerita pendek di bawah

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu
: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?

Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu: HEHEHEHEHE....

Tuesday, February 2, 2010

keistimewaan memeluk anak..

kali ni aku nk kongsi tentang keistimewaan memeluk anak.. so saper yg xder anak lagi tuh boleh la plan naik pelamin cpt2 and dpt anak tuk dpt keistimewaan ini... slh satunya bila kita peluk anak hati kita akan tenang dan terasa amat bahagia...x percaya try lah... k la baca la bacaan di bawah tuk tahu keistimewaan2 itu... selamat membaca

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya
itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab





" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Perempuan=Daun Semalu????

Renungan di hari Selasa tuk semua kawan2 perempuan ku

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, di keheningan pagi ini aku masih mampu bernafas lagi dan Selawat serta Salam bagi Rasulullah S.A.W, Ahli keluarga Baginda dan Para Sahabatnya.

Ada hadith meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...