JUS MS

JUS MS

JUS MS

Jus MS mengandungi ekstrak pemakanan kesihatan dan sunnah... Antaranya delima,Madu,Kurma,Zaitun,habbatussauda,Kismis dan byk lg...

JUS MS insyaAllah dapat membantu mencegah dan membantu menyembuhkan penyakit kronik seperti* diabetis
* darah tinggi
* stroke
* kanser
* gastrik
* asthma

JUS MS juga berkesan insyaAllah mengeluarkan angin dalam badan dan membantu MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA!!


ingin mencuba??

pm kami di https://www.facebook.com/messages/125072260866970
"SAYA NAK JUS MS"

atau
wassup/sms 0197568607 "SAYA NAK JUS MS"

Tuesday, August 25, 2009

Berbuka Puasa Ikut Sunnah Nabi

Sumber: Buletin Al-Khadeem

Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:

a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w.

Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah

segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.

(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu

Dawud, no: 2010.

Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah!

sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau

mengampunkan aku. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in

an taghfirali)” - Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743.

Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di

antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda

Rasulullah s.a.w :

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”

– Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

b. Menyegerakan Berbuka Puasa.

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika

matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk

berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w

bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan

berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:

“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka

puasa.” - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.

Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar

pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran.

Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin

Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada

rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk

beberapa teguk air.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.

d. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.

Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat

Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan

malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat

telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat

Maghrib. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah

didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan

makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” - Hadis riwayat al-Bukhari,

no: 674.

Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka

surat 208: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya

makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan

kesempurnaan khusyuk.”

e. Berbuka Puasa Secara Sederhana.

Firman Allah S.W.T:

“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat

ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau.

Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk

kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman.

Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang

bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan

pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a.w:

“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.

Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya

(memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah

satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

- Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302.

f. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.

Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk

menjamu makan bagi mereka yang berpuasa. Firman Allah S.W.T:

“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya

kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati):

Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami

langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.”

-Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang

begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah

gandaan pahalanya. Sabda baginda s.a.w:

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya

sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak

dikurangkan walau sedikit.” - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.

Sunday, August 23, 2009

Puasa Tahun Ini

Alhamdulillah hasrat dan niat di hati nk sambut puasa pertama di rumah with my family termakbul...walaupun menghadapi pelbagai rintangan namun akhirnya berjaya juga....naik bas yang x pnh hidup naik balik Keratong memang menggerunkan....beberapa kali bas tuh aku rasa mcm nk terbalik jer...bayangkan la betapa lajunya bas tuh...aku bertolak dr Skudai jam 3ptg dan sampai di Segamat jam 5ptg....2 jam jer...kalau naik kete pun ambik masa 2 1/2 hingga 3jam....keje pemandu bas tuh asyik hon kete lain jer...aku yang mmg ngantuk giler pun x mampu nk pejam mata....tapi apa2 pun berbaloi la bab aku sampai umah dgn selamat gak...

sahur pertama aku makan nasi+ dgg masak pedas...mmg tiap2 tahun itulah menu pertama sahur umah aku...so bygkan kalau aku sambut puasa kat JB mesti sadis jer kan...hehehe

apa2 pun aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada semua kawan2 di serata Malaysia dan x lupa pada Hubby di JB....

Wednesday, August 19, 2009

PROGRAM RIADAH SMP DI BATU LAYAR (DESARU)





pada 14/8/2009 semua geng SMP telah bertolak ke Batu Layar... janji nk bertolak kul 2.30ptg tapi di sebabkan beberapa mis understanding terpaksa bertolak kul 4ptg..apa2 pun tetap jadi gak pergi bab semua benda dh prepare...perkara pertama yg kami wat after sampai ialah gotong royong pasang khemah..suka tgk semangat kerjasama budak2 SMP ni..





ni lak proses nk sediakan makan malam kami...hm agak mewah gak la...ader BBQ ayam,sosej and also coselaw and litle bit snack... mana x mewah sorang leh makan 3-4 ketul ayam yg besar2...kenyang giler kami malam tuh...perasaan happy giler bab susah tuh nk bergotong royong masak ni...biasanya bab makan jer laju kanak2 riang ni...








tgk 2..banyak ayam...fuh memang x hbs makan mlm tuh...aku siap simpan bekal tuk pagi..syhh rahsia ni





ni lak time main kotak beracun...2 girl ni kena minum secret recipe yg aku bancuh...cian gak mula2 tgk diorang tp diorg leh ckp sedap..mcm2 aku campur..telur mentah+garam+kordial dan..rahsia la









ni kena nyanyi lagu Negaraku versi BI tp merapu tahap gaban..x faham aku..apa2 pun kami semua enjoy....siap karaoke sampai pg..(aku x der la karaoke) cuma dgr ajer....mlm tuh aku n hubby x leh nk tdo bab terpaksa jaga keselamatan girl yg tdo dlm khemah..suka tgk semangat Aput,Epan yang mementingkan keselamatan kawan2..bagus2x





time pg lak kami bertungkus lumus menahan mengantuk bergotong royong masak sarapan...boleh di katakan mewah gak sarap kami...burger ayam,kebab,sandwich,roti bakar..









mian futsal pantai...x sampai 10 minit semua flat..maybe bab mlm td tido jap jer...












galah panjang jd pilihan girl...hm nk tergelak tgk diorang main...ader gak yg x pernah main so kami ajar dulu...aku mcm biasa tgk jer la...mana boleh main...badan x kuat mcm dulu (huhuhu sedih maaaa)

















tanam zaza n anem...mula2 semua nk tanam E tapi dier banyak songeh lak..hehehe sorry e...hm then kami tanam 2 ketul kanak2 riang ni....







main layang2 pilihan bam n zul..tapi yg pelik layang2 tuh x naik tinggi pun










last sekali gotong royong cuci n kemas barang kat tempat tuh...hm mmg best giler camping ni....insyaAllah ader masa t kami akan wat lagi...maybe time tuh aku dh ader baby..x kisah akan ku bawa jua..heheheh hm thanks to all my friend kerana bg kerjasama yg terbaik tuk jayakan program riadah Smp ni... t kita wat lagi eh...

Thursday, August 13, 2009

10 sifat peribadi yang harus di pupuk

renung-renungkan lah


Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.
Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…
  1. Tulus
  2. Rendah diri
  3. Setia
  4. Berfikiran positif
  5. Perwatakan ceria
  6. Bertanggungjawab
  7. Percaya kepada diri sendiri
  8. Pemaaf
  9. Mudah berkira
  10. Empati
Tulus

Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.
Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.
Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri

Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.
Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.
Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia

Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif

Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria

Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).
Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri

Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.
Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.
Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira

Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.
Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan

10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!
Wallahu a’lam.

Saturday, August 8, 2009

Manusia berbicara setiap masa.
Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan
kebaikan kepada manusia. Jika bicara
tidak mengikut adabnya, manusia akan
merana di dunia dan di akhirat. Di
dunia akan dibenci oleh manusia lain
manakala di akhirat bicara yang
menyakiti hati orang lain akan
menyebabkan kita terseksa kekal abadi
di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang
dikurniakan Allah itu tidak digunakan
untuk berbicara sesuka hati dan sia-
sia. Sebaliknya digunakan untuk
mengeluarkan mutiara-mutiara yang
berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi
lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai
kelebihan diam yang
bermaksud: "Barangsiapa yang banyak
perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya. Barangsiapa yang banyak
silapnya, nescaya banyaklah dosanya.
Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya"
(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam". (Riwayat
Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas
dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK
SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN
ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA
TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan
syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak
dapat bercakap kearah perkara-perkara
yang baik. Bicara yang baik adalah
lambang hati yang baik dan bersih yang
bergantung kepada kekuatan iman pada
diri manusia.

Dari Abdullah bin ' Amr R. A,
Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan
pesanku biarpun satu ayat... "

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita
dinasihatkan hendaknya kita banyak
berdiam (berzikir di dalam hati) dan
Senyum selalu ... kerna senyum itu
adalah satu sedekah ..Insya ' Allah

Wasalam... .

Friday, August 7, 2009

Pengalaman Berlari

semalam aku ader kelas dari kul 3 sampai kul 5 dgn Dr. Nasir....yang mencemaskan aku ialah Dr.Nasir punya kelas selalu hbs lambat dan kul 5 tuh aku ader kelas dgn Dr.Ariffin...kalau aku lambat masuk kelas Dr.Ariffin t aku kena halau...jadi semalam selepas hbs kelas Dr.Nasir aku pun terus jer nk cabut ke kelas Dr.Ariffin tapi baru jer nk kuar pintu makmal tuh Dr.Nasir panggil...aku tgk jam dh kul 5 tapi nak x nak aku terpaksa tunggu Dr.Nasir walaupun dlm hati dh cemas giler takut lambat masuk kelas Dr.Ariffin...hbs jer Dr.Nasir ckp dgn aku bermula la satu pengalaman yang aku serik nk wat lagi...aku terus berlari naik tangga lab demi mengejar masa....aku terus lagi berlari sampai tingkat 3 fakulti aku then tup tup aku sesak nafas....rasa berat dlm dada aku bab susah sgt nk bernafas...aku berdoa supaya tidak pitam kat situ...ader 1 tingkat lg jer nk sampai kelas aku jd dgn kekuatan yang masih berbaki (fuh ayat) aku terus menggagahkan diri memanjat tangga lagi...sampai dalam kelas kwn2 aku terkejut tgk aku...dh biru x boleh nk nafas....baru jer nk ambik nafas Dr.Ariffin pun masuk....fuh nyaris2...kalau aku berjalan jer naik tangga tu kompom aku x bleh masuk kelas.....tapi teruk aku kena marah dgn Kak Ana...merangkap tukana jaga aku kat sini (semenjak mengandung)....lepas ni aku dh serik nk lari lg....risau juga takut jatuh t menyesal x sudah aku tapi tu la cemas punya pasal....aku akan cuba bincang dgn Dr.Nasir or Dr.Ariffin tentang masalah aku ni....itu pun kalau masih ader yg sudi nk dgr...

itu lah pengalaman yang akan ku ingat sampai bila2...dulu b4 pregnant aku berlari naik tangga sampai tingkat 5 pun maintain jer lg...tp skrg Ya Allah mcm nk tercabut nyawa tuh...

Wednesday, August 5, 2009

Kesilapan IbuBapa Dalam Mendidik Anak-Anak


Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambaNya. Firman ALLAH s.w.t :-

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabk an. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :-


Ini mungkin di sebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan Pertama : Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan atau diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan Kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) kepada Targhib (didikan atau motivasi)
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan Ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak.
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan Keempat : Menegur anak secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama ketika marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan Kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan Keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :-


7. Kesilapan Ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara pemakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan Kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan pelekeh.

9. Kesilapan Kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan Kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan Kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan Keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan Ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok syahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan Keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samda dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan Kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

__._,_.___

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...