JUS MS

JUS MS

JUS MS

Jus MS mengandungi ekstrak pemakanan kesihatan dan sunnah... Antaranya delima,Madu,Kurma,Zaitun,habbatussauda,Kismis dan byk lg...

JUS MS insyaAllah dapat membantu mencegah dan membantu menyembuhkan penyakit kronik seperti* diabetis
* darah tinggi
* stroke
* kanser
* gastrik
* asthma

JUS MS juga berkesan insyaAllah mengeluarkan angin dalam badan dan membantu MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA!!


ingin mencuba??

pm kami di https://www.facebook.com/messages/125072260866970
"SAYA NAK JUS MS"

atau
wassup/sms 0197568607 "SAYA NAK JUS MS"

Friday, January 27, 2012

Ujian Diri Ini

 
hari ni mmg x der idea nk buat apa... dgn badan yg lemah n x berapa sihat semenjak mengandungkan anak kedua ni aku lebih banyak berehat.. badan pun dh makin bulat bab x banyak bergerak.. bukanlah mengada-ngada or manja tp Allah menguji aku untuk anak kedua ni... mungkin silap aku kerana pada awalnya tidak mahukan kandungan ni tp bila d fikir balik mungkin ada hikmahnya aku redha dengan kurniaan Allah terhadap aku ni...

semenjak mengandungkan anak kedua ni peranakan aku sentiasa rendah.. mungkin ini lah penyebab kesihatan aku amat terjejas.. tp aku sentiasa berharap Allah memberi seribu kekuatan untuk aku menempuh dugaan ni sampai la insan kecil itu lahir kedunia ni... kesian kan anak aku yg pertama... menagihkan perhatian dari Mama nya namun kadang2 aku terpaksa meminta orang lain yang melayan nya.. badannya yang bulat dn agak berat lagi menyulitkan aku untuk memanjakan dia seperti biasa... bila aku dukung or riba dia terlalu lama 2 3 hari la jawapnya aku akan sakit untuk berdiri dan berjalan.. namun andai tiada insan lain yg boleh membantu terpksa aku gagahkan diri ini melayan semua karenah dia... kadang2 terkuat suara dapat lihat riak wajahnya terus bengkak menahan tangis... kesian anak Mama...

Sekarang aku tengah tunggu jawapan temuduga keje... Alhamdulillah jawapan tuk further study dh approved cuma aku belum reply bab msh menanti jwpn keje tuh... bukan apa zaman skrg keje susah sgt nk dpt tmbh2 insan yg bergelar isteri n ibu mcm aku ni... so kalau dpt keje tu aku postpone dulu blaja tuk setahun... tp apa yg merungsingkan kepala aku saat ni ialah kesihatan yg boleh d kirakan agak teruk.. selalu sesak nafas.. jantung kencang, sakit perut dan peranakan.. mcm mana la agaknya aku nk tempuh alam blaja or keje tuh nanti... semoga Allah beri aku sejuta kekuatan

Thursday, January 19, 2012

Harta Berharga Bagi Seorang Isteri

Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.

Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada seorang lelaki yang menjadi suaminya.

Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.

Suami yang soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya. Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah tangganya, seorang suami yang soleh adalah yang mampu memperhatikan hak dan kepentingan rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, iaitu isterinya.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang oleh Allah.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah
.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi bangsa, negara, dan agamanya.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…

Sunday, January 15, 2012

(Senyum POWER) Mandi WAJIB Dari Bawah Ke Atas - Ustaz Azhar Idrus

Dosa Dalam Perkahwinan

Sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?

Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari. Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.  Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini. Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.

Entah berapa banyak “jika” untuk kita senaraikan.
Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak. Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?

Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah dapat pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. 

Memang ada yang berkata:
“Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua.”
Ada juga yang berkata:
“Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin.”

Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?

Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama? Itu perlu ditanya pada diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan? Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
“Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat.” - (Imam Hasan al-Banna)
Firman Allah S.W.T:
“ Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa.” - (Surah Thaha: Ayat 132)
Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini. 


Ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
Aku nikahkan Dikau ……  dengan anak ku ….. 
“Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”
Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang.  Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa. Wallahualam.
Mari kita ikuti sedutan video dibawah oleh Ustaz Azhar Idrus tentang “do’s and don’ts” dalam perkahwinan mengikut Islam

Wednesday, December 21, 2011

berita gembira

pada mulanya x tahu nk cakap happy ker x... yerla kalau boleh xnk lagi tambah anak dalam masa terdekat bab rasa Qisy msh x cukup bermanja... tp dh rezeki dr Allah nk x nak kena terima dgn hati yg redha dan ikhlas... yerla itukan antara tanda kasih sayang suami isteri upss... hehehe....

waktu tengah mabuk teruk doktor suruh wat pregnancy test aku xnk bab yakin aku x nagndung.. tp hubby suruh check gak.. mmg negative jawapanya... tp duduk 2 3 minggu aku rasa x sedap ht so check sekali lg.. hehehe positive lak jawapanya... 

pada saat ini usia kandungan aku dah 9minggu 6 hari... dh nk masuk 2 bulan setengah... cepat jer ms berjalan eh... buku merah dh wat.. hm dapat kad hijau bab anak first bersalin x cukup bulan... (Qisy la)... yang ni aku harap2kn dia ok n lahir pd ms yg di tetapkan... jgn nk jd mcm akak dia dh la... x pasal nk berdebat dgn doktor lg t hehehe....

mabuk kali ni mmg agak teruk... aku x boleh bau dan makan nasi... huhuhu sedih bab perut n sejak kecil mmg nasi la pengisinya... now just makan mee,bihun and spaghetti.. now tgk benda 3 tuh pun dh naik muak... 
hope mabuk kali ni x lama mcm Qisy dulu.... last berharap aku n baby sihat sampai ke saat kelahiran tuh nanti....

Tuesday, November 29, 2011

Pengalaman jadi Cikgu n Teacher


wah dh lama x update blog ni... kering idea n badan x berapa sihat... so hr ni sementara si kecik tuh tdo so leh la aku luangkan masa tuk update blog kesayangan aku ni hehehe... so apa yerk nk story tentang tajuk kat atas.. hmm jap nk cr idea jap hehehe

hr tuh aku dapat kol dr seorang ustazah yg aku kenal.. ingat nk ckp dgn mak aku rupanya nk offer job sementara kat aku... jadi cikgu math n bahasa inggeris.. huh fikir 4 5 kali nk terima.. bukan apa xder pengalaman nk handle budak2 sekolah rendah ni... waktu tuh x tahu lg kena ngajar tahun berapa.. after discuss dgn parent n hubby so aku accept la job tuh... bayaran?? aku x amik hal bb niat ikhlas nk ngajar budak2 tuh...

hari pertama dalam kelas aku dh geleng kepala... budak2 dia mak oi semuanya leh d kategorikan budak x dengar cakap... aku ni mls nk garang2 (risau takut terkenan anak dlm perut) hehehe so aku senyum jer... huhuhu nk nangis mula2 bila start ngajar.. diorang semua bising n x dengar cakap.. aduhai nasib2... kita ngajar kat depan diorang ngajar kat belakang... bila terangkan x dengar tp bila tanya faham ker x semua ckp faham... so nk tahu faham ker x faham aku bg soalan huh rasa nk ketuk sorang2... consonant dgn vowel pun x kenal lg.. tuh cakap faham.. geram bebenor aku ni... 

time Math lak satu hal.. dh la x pandai cikgu ngajar x nk dengar pastuh berlagak.. cakap besar.. bg latihan baru terkial2... tuhan jer tahu mcm mana aku menahan rasa geram n marah... tunggu kat tepi pun diorang leh main2 lg... last2 aku ketuk meja dengna batang kayu baru diam n dengar ckp aku... huh lagi 3 minggu nk handle budak2 ni... harap2 aku dpt bersabar.... doa2 kan la yerk

Friday, November 18, 2011

Kisah Qisy

hari ni aku bosan so aku nk tulis tentang Qisy.. apa yg special sgt dgn Qisy?? Qisy amat bermakna untuk aku... harta dan amanah dr Allah untuk aku jaga untuk aku didik supaya menjadi hambaNya yg taat dan insan yg berguna untuk agama,bangsa dan negara.. InsyaAllah akan aku cuba...

Siti Nur Qisyriena binti Lokman... itu la nama penuh anak aku... mula2 dulu b4 dia lahir ingat nk bubuh nama Nurul Iman Qisyriena tp parents and ramai ahli family x suka so Hubby aku pun isi mcm nama aku... ada Siti dan Nur... Lahir pada 21/11/2009 jam 1.04pg.... due date sepatutnya 4/01/2010 tp dia dh x sbr nk kuar agaknya tuh yg terawal.. just 32minggu jer duk dlm perut aku...
hm 3 hr lagi dh cukup la umur dia 2 tahun... sekejap jer kan masa berlalu..

Lahir dgn berat 2.35kg sahaja so aku terpaksa cr susu formula tuk tmbh berat bdn.. aku kena usaha lebih jaga dia bab aku dh sain surat mohon pelepasan hospital (maknanya aku bertanggungjawab 100% atas anak kalau jd apa2) pelik bunyi dia kan... hehehe sebenarnya anak aku ni sepatutnya kena duduk wad dari 21/11/2009 hingga lah 4/01/2010.... huhu lama tuh so aku pun amik keputusan keluarkan dia dr wad tuh yg doktor suruh aku sain surat tuh..  sayang anak punya pasal
susu tuk budak pra matang

Ni susu yg Qisy hisap sekarang

yang ni susu tambahan tuk Qisy.. hisap sekali sehari..
Alhamdulillah setiap bulan berat dia bertambah... nurse n staff nurse yg selalu dtg jenguk dia kat umah puas hati dengan perkembangan dia... so dr setiap hr diorg datang dh jd seminggu sekali datang... jemu gak hari2 nk kena layan nurse dtg umah hehehe.. walaupun waktu tuh anak aku tolak untuk menyusu badan tapi aku cuba gak nk bg hak dia tuh... maybe bab benda pertama yg masuk dlm tekak dia ketika lahir adalah susu formula so mmg nk yg tuh jer la.. (ini la akibatnya bila anak duk hospital berlainan dengan emaknya)

penjagaan anak yg x cukup bulan ni mmg agak susah.. yer la segala2nya terlalu lembut... tempurung kepala pun x keras lagi... (takut gak nk pegang mula2) pastu x boleh direct mandi mcm bayi lain... nasib la Ma aku ni banyak pengalaman so Ma aku la yang bagi perhatian pd Qisy... seminggu pertama Ma aku yg mandi kan Qisy bab aku x berani... (org ckp baby x cukup bulan senang kena lelah) tuh yg wat aku x reti nk jaga anak aku ni... kalau nk ikut dh ada pengalaman banyak jg baby dlm pantang tp semuanya yg cukup bulan.. dapat anak sendiri lain lak cr jaganya,...

setiap hari aku suap air madu tuk Qisy... semua ni tuk kuatkan badan dia dan tulang dia.. (sampai sekarang tulang dia still berbunyi) tp doktor ckp xder masalah cuma x boleh berkasar... selain madu aku juga bagi dia minyak zaitun... semua makanan sunnah aku bg pada Qisy untuk memastikan dia sihat.. Alhamdulillah setiap bulan aku bw g check up nurse ckp dia ok.. kat klinik semua nurse panggil dier budak Prem.. (budak pra matang) dr kecik sampai sekarang asal g klinik jer mesti diorg panggil budak Prem.. sabo jer la...
ni la budak prem hehehe

hm apa lagi yerk yg special tentang anak aku ni.. hmm yg ni bukan la nk bangga tapi cuma nk share.. kdg2 aku naik hairan.. dr kecik sampai sekarang mana jer dia pergi  mesti ada ajer yg nk pegang...x kira bangsa n agama... risau gak aku takut org bw lari hehehe.. pesakit2 mak aku yg dtg nk berubat pun kalau nampak jer Qisy mesti nk pegang.. hairan la bab kdg2 ramai lg baby ada kat situ tp why anak aku... (Hubby aku cakap bab PP dier yg montel dan tembam ) hehehe entah la.. Ma ckp maybe berkat Surah Yusuff yang aku selalu bc waktu pregnantkan dia... ( bc Surah Yussuff bab ramai ckp anak aku lelaki.. dok pun ckp lelaki.. surah Maryam baca gak tp x byk mcm surah Yusuff) sekali kuar perempuan hehehe...
waktu kecik mmg nampak mcm baby boy.. now dh ayu sikit

rasanya sampai sini dulu... t aku update lagi kisah anak aku ni (kalau ada masa la) hehehe...

Saturday, November 12, 2011

Hanya Seorang Ayah

My Daddy tersayang

"Ayah! Cepatlah! Thariq dah lambat nak pergi sekolah ni!" Masam mencuka wajah Thariq di depan pintu menunggu ayahnya yang sedang menyiapkan bekalan sekolah untuknya.
"Kejaplah. Ayah tengah nak letak nasi goreng dalam bekas ni." Ayahnya cepat-cepat mencapai penutup bekas makanan. Sedikit keluhan dilepaskan.

"Dah. Jom. Nanti lambat pulak nak ke sekolah." Ujar Arman kepada anaknya yang menunggu di depan pintu sambil menghulurkan beg sekolah anaknya. Sedikit senyuman dihadiahkan buat Thariq dengan harapan mampu menyejukkan kemarahan hati si kecil itu.

"Alah, kalau lambat pun sebab ayahlah. Tak payah nak tapau makanan pun. Thariq boleh beli kat kantin la ayah. Nanti lambat, Thariq yang kena marah dengan cikgu, bukannya ayah!" Terkedu wajah Arman di muka pintu mendengar kata-kata anaknya.
Segera dia beristighfar. Bimbang hati lelakinya akan dicucuk-cucuk syaitan yang mungkin mengundang kemarahannya buat si anak.

Bagi Thariq, dia sengaja berkata begitu kepada ayahnya untuk melepaskan kemarahan kerana semalam adalah hari jadinya. Namun, tiada hadiah yang diberikan ayah kepadanya. Bahkan ucapan selamat hari lahirpun tiada. Terkadang terasa bahawa ayahnya tidak langsung menyayanginya.
Setelah sampai di hadapan sekolah, segera Thariq keluar dari pintu kereta tanpa menyalami tangan Arman seperti biasa. Merajuk barangkali. Sekadar menggelengkan kepala, Arman ingin segera beredar.
"Thariq!" Satu suara yang dikenalinya sayup-sayup kedengaran. Faruqi melambai-lambai dari jauh. Tersengih-sengih Faruqi menunjukkan giginya yang sedikit jarang.

"Eh Thariq. Jap lagi aku nak tengok kau punya praktikal Sains minggu lepas. Hehe.. Nak check betul atau tak aku punya ni."
"Sains? Eh, hari ni mana ada subjek Sains." Berkerut-kerut dahi Thariq dengan pertanyaan Faruqi. Hatinya mula berdebar kerana dia amat yakin yang buku itu ditinggalkan di rumah.
"Memanglah Sains takde. Tapi Cikgu Latifah kan suruh hantar buku tu hari ni. Jangan pulak kau kata tak bawak. Habislah kau." Kata Faruqi sekadar mengusik.
"Hah? Serius ke? Alamak! Aku memang tak bawak la. Macam mana ni? Aduh, mesti kena marah lagi." Thariq sudah menarik-narik tali lehernya. Terasa seakan tersesak nafasnya dek terlalu risau.
"Kau pergilah telefon ayah kau suruh pergi ambik jap. Bukannya jauh pun office ayah kau dengan rumah."
"Aku baru je lepas marah ayah. Nak ke ayah pergi ambik buku aku? Takpe lah. Cuba je dulu." Thariq berkira-kira dalam hati.
Terus dia menuju ke telefon awam yang berada di tepi pondok pengawal.
.....
Arman sudah sampai di parking lot pejabatnya. Dilihat jam di tangan sudah 7.50 pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
"Ayah! Thariq ni." Kedengaran suara anak kecilnya di talian. "Oh, Thariq. Kenapa nak?"
"Em.." Thariq sedikit teragak-agak.
"Ayah, Thariq tertinggal buku praktikal kat rumah. Kena hantar hari ni. Kalau tak cikgu marah. Ayah tolong hantarkan, boleh tak? Buku tu ada kat atas meja dalam bilik."
"Oh." Arman kembali melihat jam di tangan.
"Ok, jap lagi ayah hantarkan." Arman sudah serba salah.
Pagi ini dia perlu menemani ketuanya untuk bermesyuarat dengan syarikat penaja pengiklanan untuk produk terbaru keluaran syarikatnya yang bermula pukul 8.15 pagi. Tetapi yang pastinya dia tidak mahu anak kesayangannya itu dimarahi guru. Biarlah dia yang berkorban sedikit buat anak tunggalnya itu.
Seperti yang dijangka, Arman dimarahi ketuanya kerana terlambat ke pejabat semula setelah menghantar buku Thariq. Dia tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kerana sudah seringkali anaknya menjadi sebab atas kelewatannya ke tempat kerja. Bagi Arman, kesalahan itu memang terletak di atas bahunya sendiri kerana tidak pandai dalam mengurus masa dan kehidupannya dengan baik.
"Siti, kalaulah awak masih di sisi abang." Tiba-tiba hatinya terasa sayu mengenangkan arwah isterinya.
Isterinya yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelamatkan Thariq yang mandi di laut lima tahun yang lalu. Kejadian yang benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.
Arman masih teringat bila mana dia yang ketika itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada mertuanya. Satu panggilan yang benar-benar meluruhkan jantungnya. Kehilangan seorang isteri tersayang.

"Sebab kaulah isteri aku mati!" terbayang di ingatannya saat dia memarahi Thariq kerana tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya. Anak kecil yang baru berusia lima tahun yang masih tidak dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku hanya meraung-raung di sisi neneknya kerana dimarahi ayah.
Setelah peristiwa itu, setahun Thariq ditinggalkan di bawah penjagaan mertuanya. Arman yang pergi membawa diri. Sehinggalah pada suatu hari dia menerima berita bahawa anaknya demam panas.
Walaupun hatinya masih sakit, namun naluri kebapaannya masih kuat. Di saat dia menatap wajah sugul anaknya yang mirip dengan arwah isterinya, ego lelakinya runtuh. Dipeluknya Thariq sekuat hati.
"Maafkan ayah, nak. Ayah tak patut salahkan Thariq. Bukan salah Thariq." Teresak-esak Arman melutut di sisi anaknya. Menyesali akan perbuatannya, Arman sudah berjanji untuk menjaga Thariq sebaik mungkin dan melunaskan janjinya buat arwah isterinya.
Janji yang dibuat saat Thariq dilahirkan ke dunia. Janji untuk mendidik anak itu sebaik mungkin supaya menjadi buah amal di Akhirat kelak.
Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberikan peluang kepadanya untuk berusaha menjadi seorang ayah kepada Thariq. Walaupun terkadang kerenah anaknya itu benar-benar mencabar kesabarannya, namun Arman seringkali terkenangkan perbuatannya yang meninggalkan Thariq selama setahun dan hanya menjenguknya beberapa kali.
"Mungkin ini adalah ujian yang Allah S.W.T berikan kepada aku atas sebab perbuatan aku dulu. Dan semuanya sebab Allah S.W.T sayang aku. Allah S.W.T nak peringatkan tentang kesilapan aku," kata-kata yang seringkali ditekankan Arman sebagai sebuah peringatan buat dirinya sendiri.
.....
Selesai Pendidikan Jasmani pada waktu pagi, Thariq masuk ke kelas untuk menukar baju. Hanya beberapa orang rakannya berada dalam kelas sedangkan yang lain masih berlegar-legar di kantin untuk mengisi tekak yang kehausan. Apabila dibuka beg sekolahnya, matanya terpandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut kemas berada di dalam beg.
Dalam kehairanan, dia membuka bungkusan tersebut. Dia tersenyum riang melihat seutas jam tangan yang diidam-idamnya selama ini berada di dalam kotak itu dan sekeping kad terselit di dalamnya. Thariq membuka kad tersebut.
Buat buah hati ayah yang tersayang,
Selamat hari lahir yang ke-10. Ayah minta maaf sebab terlambat bagi hadiah ni pada Thariq. Ayah memang teringin untuk sambut birthday Thariq semalam tapi ayah dah tertidur.
Thariq,
Ayah betul-betul nak minta maaf sebab tak mampu menjadi ayah yang terbaik buat Thariq. Ayah tak mampu nak masak makanan kegemaran Thariq sedap-sedap, ayah tak mampu nak siapkan baju sekolah untuk Thariq pagi-pagi, ayah tak mampu nak luangkan masa untuk bermain dengan Thariq setiap hari, ayah tak mampu nak tolong Thariq siapkan kerja rumah, ayah tak mampu nak belikan semua barang mainan yang Thariq minta. Banyak perkara yang tak mampu ayah buatkan untuk Thariq.
Mungkin sebab ayah hanyalah seorang ayah. Ayah tak mampu menjadi sesempurna seorang ibu yang mampu memberikan kelembutan kasih sayang yang lebih baik buat Thariq. Tapi ayah harapkan dalam kekurangan ini, ayah mampu membuatkan Thariq bahagia seadanya. Dan ayah nak Thariq tahu yang ayah benar-benar sayangkan Thariq. Setiap masa.
Ikhlas,
Ayah.
Basah pipi si anak kecil. "Ayah, maafkan Thariq." Ada sedikit kekesalan di hati Thariq atas sikapnya pagi tadi. Jauh di sudut hati, dia tidak sabar untuk pulang ke rumah hari ini. Ingin menemui ayah yang tersayang.
.....
Kring!!! Loceng sekolah berbunyi.Tidak seperti biasa, Thariqlah orang pertama yang keluar dari kelasnya menuju ke pintu pagar.
Di bibirnya tersenyum riang apabila terbayang ayahnya menunggu di dalam kereta dan sebuah pelukan erat ingin diberikan buat ayahnya. Bukan atas penghargaan hadiah yang diberikan ayahnya semata-mata, tetapi kerana pada saat ini, Thariq benar-benar ingin ucapkan sebuah kata-kata yang tidak pernah diucapkannya buat ayah selama ini.
Kata-kata yang disimpan dek kerana hatinya yang dipenuhi pelbagai prasangka buruk terhadap kasih sayang ayah kepadanya. Mungkin kerana tamparan kisah silam yang masih tersimpan kemas dalam ingatannya.
Sampai di depan pintu pagar, masih belum nampak kelibat ayahnya. Hatinya tiba-tiba terasa kurang enak. Ditepisnya pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri.
Ayah Faruqi sudah sampai dengan wajah yang agak cemas. Dia kelihatan sedang menjelaskan sesuatu kepada Faruqi, perasaan ingin tahu Thariq membuak-buak dalam hati.
"Thariq, kereta ayah kau Myvi hitam, kan?" tanya Faruqi.
Muka Thariq berubah.
"A'ah. Kenapa?" Thariq bertanya dengan perasaan berdebar-debar.
"Em.. ada kereta Myvi hitam accident kat depan simpang sana. Ayah aku nak patah balik pergi tengok. Kau nak ikut?"
Thariq seperti kehilangan nafas seketika. Jantungnya berdegup kencang. Tidak mampu bersuara, dia sekadar mengangguk.
Di simpang tiga itu kelihatan orang ramai sudah berkerumun. Sebuah ambulan sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan polis trafik sedang mengawal lalu lintas yang mulai sesak.
Air mata Thariq kelihatan sudah mula menitik. Langkahnya kaku melihat kereta Myvi yang remuk itu.
"Ayah... Ayah!!" Thariq berlari menuju ke arah sebujur tubuh yang sudah ditutupi kain putih.
"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Ayah! Jangan tinggalkan Thariq sorang diri. Mak dah takde. Takkan ayah pun nak tinggalkan Thariq jugak. Ayah!" Thariq meraung sambil tangannya memeluk erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Terasa gelap seketika dunianya.
"Thariq?" terasa bahunya disentuh lembut. Dengan pandangan mata yang kabur disebabkan air mata yang berlinangan, Thariq memandang ke belakang. Yang kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya memandangnya dengan pandangan kehairanan.
"Ayah!" dipeluk erat tubuh ayahnya. Arman hanya tercengang kurang mengerti. Melihat sekeliling dan matanya terpandang sebuah Myvi hitam yang remuk teruk tersadai di tepi jalan. Barulah dia mengerti apa yang sebenarnya terjadi.
"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Thariq mintak maaf sebab kasar dengan ayah pagi tadi. Jangan tinggalkan Thariq lagi, ayah," Teresak-esak Thariq memeluk ayahnya. Dalam hati, sejuta kesyukuran bertandang apabila menyedari ayahnya masih di sisi. Arman tersenyum memandang anaknya.
Perasaan gelisah bila melihat anaknya tiada di depan pintu pagar sekolah benar-benar terubat kini. Jika tidak kerana pengawal sekolah yang memberitahunya bahawa Thariq telah pulang bersama Faruqi, mungkin dia telah hilang arah untuk mencari anaknya yang tiada di sekolah.
.....
Jam sudah menunjukkan angka sebelas malam. Arman bersiap-siap untuk tidur. Pakaiannya dan Thariq sudah siap digosok. Bimbang jika esok terlewat bangun lagi. Di fikirannya sedang berkira-kira sarapan apa yang ingin disiapkan buat anaknya.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.
"Ayah, boleh Thariq tidur dengan ayah?" Ujar Thariq teragak-agak sambil tangannya memegang bantal busuk Doraemonnya.
Arman tersenyum. Hatinya terasa bersyukur dengan perubahan sikap Thariq yang tiba-tiba.
Adakah kejadian hari ini benar-benar terkesan di hati anaknya?
Thariq naik ke katil lantas meletakkan kepalanya di bantal sebelah ayahnya.
"Selamat malam Thariq. Jangan lupa baca doa tidur," Arman tersenyum sambil menutup lampu.
"Selamat malam ayah. Thariq sayang ayah." Arman terkedu dalam kegelapan. Kata-kata yang dinanti-nantikan selama ini. Kata-kata yang benar-benar dirindui untuk didengari oleh Arman.
Setitis air mata mengalir ke pipinya.
"InsyaAllah, esok Tuhan pasti menjanjikan hari yang lebih baik buat kita berdua." Bisik Arman dalam hatinya.
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik." (Al-Isra':23)

Nota: Hargailah kedua ibubapa yang masih berada di sisi. Kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal menanti pada esok hari.

credit to iluvislam.com

Siti Nur Qisyriena Lokman

lahir mu membawa cahaya dalam kehidupan Mama dan Babah... betapa bahagia nya kami bila kamu di lahirkan ke dunia ni sayang... terasa begitu bermakna saat menatap wajah mu yg suci n murni... walaupun pelbagai dugaan yg mendatang semenjak mengandungkan mu hingga la diri mu lahir ke dunia ini namun semua itu di tempuh dgn penuh ketabahan untuk kebaikkan mu sayang...  kini usia mu hampir menjangkau 2 tahun... terlalu cepat masa berlalu hingga Mama x sedar anak Mama dh semakin besar... doa Mama n Babah moga Qisyriena akan menjadi anak yg soleh dan insan yg berguna... 
21/11/2009 1.04am

2 bulan

lebih kurang 3 bulan

si demuk dh 4/5 bulan


waktu ni dh 9 bulan


10 bulan



ni plak dh setahun

setahun ++


lidah hagemaru

drive kete yer

bergaya dengan spec babah

kanak2 muslimah sejati


setahun 10 bulan


Thursday, November 10, 2011

Rona AidilAdha yg sempat di snap..


 antara pic yg sempat d snap oleh kamera adik aku... terlalu sibuk tuk snap pic hr tuh... so ini jer la yg ada..
lembu tu kurus bab xnk makan.. dh tahu nk jd korban kot

semangat gotong royong d pg raya
proses memposisikan lembu

suami den bersiap sedia dgn parang
sesi gantung daging
proses memotong daging
mama dgn nyang tengah bertekak pasal nk masak daging korban.. bertekak manja2 gitu

bergaya dengan baju baru... setiap kali raya mesti kena beli baju aduhai pokai mama pasni


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...