JUS MS

JUS MS

JUS MS

Jus MS mengandungi ekstrak pemakanan kesihatan dan sunnah... Antaranya delima,Madu,Kurma,Zaitun,habbatussauda,Kismis dan byk lg...

JUS MS insyaAllah dapat membantu mencegah dan membantu menyembuhkan penyakit kronik seperti* diabetis
* darah tinggi
* stroke
* kanser
* gastrik
* asthma

JUS MS juga berkesan insyaAllah mengeluarkan angin dalam badan dan membantu MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA!!


ingin mencuba??

pm kami di https://www.facebook.com/messages/125072260866970
"SAYA NAK JUS MS"

atau
wassup/sms 0197568607 "SAYA NAK JUS MS"

Wednesday, December 21, 2011

berita gembira

pada mulanya x tahu nk cakap happy ker x... yerla kalau boleh xnk lagi tambah anak dalam masa terdekat bab rasa Qisy msh x cukup bermanja... tp dh rezeki dr Allah nk x nak kena terima dgn hati yg redha dan ikhlas... yerla itukan antara tanda kasih sayang suami isteri upss... hehehe....

waktu tengah mabuk teruk doktor suruh wat pregnancy test aku xnk bab yakin aku x nagndung.. tp hubby suruh check gak.. mmg negative jawapanya... tp duduk 2 3 minggu aku rasa x sedap ht so check sekali lg.. hehehe positive lak jawapanya... 

pada saat ini usia kandungan aku dah 9minggu 6 hari... dh nk masuk 2 bulan setengah... cepat jer ms berjalan eh... buku merah dh wat.. hm dapat kad hijau bab anak first bersalin x cukup bulan... (Qisy la)... yang ni aku harap2kn dia ok n lahir pd ms yg di tetapkan... jgn nk jd mcm akak dia dh la... x pasal nk berdebat dgn doktor lg t hehehe....

mabuk kali ni mmg agak teruk... aku x boleh bau dan makan nasi... huhuhu sedih bab perut n sejak kecil mmg nasi la pengisinya... now just makan mee,bihun and spaghetti.. now tgk benda 3 tuh pun dh naik muak... 
hope mabuk kali ni x lama mcm Qisy dulu.... last berharap aku n baby sihat sampai ke saat kelahiran tuh nanti....

Tuesday, November 29, 2011

Pengalaman jadi Cikgu n Teacher


wah dh lama x update blog ni... kering idea n badan x berapa sihat... so hr ni sementara si kecik tuh tdo so leh la aku luangkan masa tuk update blog kesayangan aku ni hehehe... so apa yerk nk story tentang tajuk kat atas.. hmm jap nk cr idea jap hehehe

hr tuh aku dapat kol dr seorang ustazah yg aku kenal.. ingat nk ckp dgn mak aku rupanya nk offer job sementara kat aku... jadi cikgu math n bahasa inggeris.. huh fikir 4 5 kali nk terima.. bukan apa xder pengalaman nk handle budak2 sekolah rendah ni... waktu tuh x tahu lg kena ngajar tahun berapa.. after discuss dgn parent n hubby so aku accept la job tuh... bayaran?? aku x amik hal bb niat ikhlas nk ngajar budak2 tuh...

hari pertama dalam kelas aku dh geleng kepala... budak2 dia mak oi semuanya leh d kategorikan budak x dengar cakap... aku ni mls nk garang2 (risau takut terkenan anak dlm perut) hehehe so aku senyum jer... huhuhu nk nangis mula2 bila start ngajar.. diorang semua bising n x dengar cakap.. aduhai nasib2... kita ngajar kat depan diorang ngajar kat belakang... bila terangkan x dengar tp bila tanya faham ker x semua ckp faham... so nk tahu faham ker x faham aku bg soalan huh rasa nk ketuk sorang2... consonant dgn vowel pun x kenal lg.. tuh cakap faham.. geram bebenor aku ni... 

time Math lak satu hal.. dh la x pandai cikgu ngajar x nk dengar pastuh berlagak.. cakap besar.. bg latihan baru terkial2... tuhan jer tahu mcm mana aku menahan rasa geram n marah... tunggu kat tepi pun diorang leh main2 lg... last2 aku ketuk meja dengna batang kayu baru diam n dengar ckp aku... huh lagi 3 minggu nk handle budak2 ni... harap2 aku dpt bersabar.... doa2 kan la yerk

Friday, November 18, 2011

Kisah Qisy

hari ni aku bosan so aku nk tulis tentang Qisy.. apa yg special sgt dgn Qisy?? Qisy amat bermakna untuk aku... harta dan amanah dr Allah untuk aku jaga untuk aku didik supaya menjadi hambaNya yg taat dan insan yg berguna untuk agama,bangsa dan negara.. InsyaAllah akan aku cuba...

Siti Nur Qisyriena binti Lokman... itu la nama penuh anak aku... mula2 dulu b4 dia lahir ingat nk bubuh nama Nurul Iman Qisyriena tp parents and ramai ahli family x suka so Hubby aku pun isi mcm nama aku... ada Siti dan Nur... Lahir pada 21/11/2009 jam 1.04pg.... due date sepatutnya 4/01/2010 tp dia dh x sbr nk kuar agaknya tuh yg terawal.. just 32minggu jer duk dlm perut aku...
hm 3 hr lagi dh cukup la umur dia 2 tahun... sekejap jer kan masa berlalu..

Lahir dgn berat 2.35kg sahaja so aku terpaksa cr susu formula tuk tmbh berat bdn.. aku kena usaha lebih jaga dia bab aku dh sain surat mohon pelepasan hospital (maknanya aku bertanggungjawab 100% atas anak kalau jd apa2) pelik bunyi dia kan... hehehe sebenarnya anak aku ni sepatutnya kena duduk wad dari 21/11/2009 hingga lah 4/01/2010.... huhu lama tuh so aku pun amik keputusan keluarkan dia dr wad tuh yg doktor suruh aku sain surat tuh..  sayang anak punya pasal
susu tuk budak pra matang

Ni susu yg Qisy hisap sekarang

yang ni susu tambahan tuk Qisy.. hisap sekali sehari..
Alhamdulillah setiap bulan berat dia bertambah... nurse n staff nurse yg selalu dtg jenguk dia kat umah puas hati dengan perkembangan dia... so dr setiap hr diorg datang dh jd seminggu sekali datang... jemu gak hari2 nk kena layan nurse dtg umah hehehe.. walaupun waktu tuh anak aku tolak untuk menyusu badan tapi aku cuba gak nk bg hak dia tuh... maybe bab benda pertama yg masuk dlm tekak dia ketika lahir adalah susu formula so mmg nk yg tuh jer la.. (ini la akibatnya bila anak duk hospital berlainan dengan emaknya)

penjagaan anak yg x cukup bulan ni mmg agak susah.. yer la segala2nya terlalu lembut... tempurung kepala pun x keras lagi... (takut gak nk pegang mula2) pastu x boleh direct mandi mcm bayi lain... nasib la Ma aku ni banyak pengalaman so Ma aku la yang bagi perhatian pd Qisy... seminggu pertama Ma aku yg mandi kan Qisy bab aku x berani... (org ckp baby x cukup bulan senang kena lelah) tuh yg wat aku x reti nk jaga anak aku ni... kalau nk ikut dh ada pengalaman banyak jg baby dlm pantang tp semuanya yg cukup bulan.. dapat anak sendiri lain lak cr jaganya,...

setiap hari aku suap air madu tuk Qisy... semua ni tuk kuatkan badan dia dan tulang dia.. (sampai sekarang tulang dia still berbunyi) tp doktor ckp xder masalah cuma x boleh berkasar... selain madu aku juga bagi dia minyak zaitun... semua makanan sunnah aku bg pada Qisy untuk memastikan dia sihat.. Alhamdulillah setiap bulan aku bw g check up nurse ckp dia ok.. kat klinik semua nurse panggil dier budak Prem.. (budak pra matang) dr kecik sampai sekarang asal g klinik jer mesti diorg panggil budak Prem.. sabo jer la...
ni la budak prem hehehe

hm apa lagi yerk yg special tentang anak aku ni.. hmm yg ni bukan la nk bangga tapi cuma nk share.. kdg2 aku naik hairan.. dr kecik sampai sekarang mana jer dia pergi  mesti ada ajer yg nk pegang...x kira bangsa n agama... risau gak aku takut org bw lari hehehe.. pesakit2 mak aku yg dtg nk berubat pun kalau nampak jer Qisy mesti nk pegang.. hairan la bab kdg2 ramai lg baby ada kat situ tp why anak aku... (Hubby aku cakap bab PP dier yg montel dan tembam ) hehehe entah la.. Ma ckp maybe berkat Surah Yusuff yang aku selalu bc waktu pregnantkan dia... ( bc Surah Yussuff bab ramai ckp anak aku lelaki.. dok pun ckp lelaki.. surah Maryam baca gak tp x byk mcm surah Yusuff) sekali kuar perempuan hehehe...
waktu kecik mmg nampak mcm baby boy.. now dh ayu sikit

rasanya sampai sini dulu... t aku update lagi kisah anak aku ni (kalau ada masa la) hehehe...

Saturday, November 12, 2011

Hanya Seorang Ayah

My Daddy tersayang

"Ayah! Cepatlah! Thariq dah lambat nak pergi sekolah ni!" Masam mencuka wajah Thariq di depan pintu menunggu ayahnya yang sedang menyiapkan bekalan sekolah untuknya.
"Kejaplah. Ayah tengah nak letak nasi goreng dalam bekas ni." Ayahnya cepat-cepat mencapai penutup bekas makanan. Sedikit keluhan dilepaskan.

"Dah. Jom. Nanti lambat pulak nak ke sekolah." Ujar Arman kepada anaknya yang menunggu di depan pintu sambil menghulurkan beg sekolah anaknya. Sedikit senyuman dihadiahkan buat Thariq dengan harapan mampu menyejukkan kemarahan hati si kecil itu.

"Alah, kalau lambat pun sebab ayahlah. Tak payah nak tapau makanan pun. Thariq boleh beli kat kantin la ayah. Nanti lambat, Thariq yang kena marah dengan cikgu, bukannya ayah!" Terkedu wajah Arman di muka pintu mendengar kata-kata anaknya.
Segera dia beristighfar. Bimbang hati lelakinya akan dicucuk-cucuk syaitan yang mungkin mengundang kemarahannya buat si anak.

Bagi Thariq, dia sengaja berkata begitu kepada ayahnya untuk melepaskan kemarahan kerana semalam adalah hari jadinya. Namun, tiada hadiah yang diberikan ayah kepadanya. Bahkan ucapan selamat hari lahirpun tiada. Terkadang terasa bahawa ayahnya tidak langsung menyayanginya.
Setelah sampai di hadapan sekolah, segera Thariq keluar dari pintu kereta tanpa menyalami tangan Arman seperti biasa. Merajuk barangkali. Sekadar menggelengkan kepala, Arman ingin segera beredar.
"Thariq!" Satu suara yang dikenalinya sayup-sayup kedengaran. Faruqi melambai-lambai dari jauh. Tersengih-sengih Faruqi menunjukkan giginya yang sedikit jarang.

"Eh Thariq. Jap lagi aku nak tengok kau punya praktikal Sains minggu lepas. Hehe.. Nak check betul atau tak aku punya ni."
"Sains? Eh, hari ni mana ada subjek Sains." Berkerut-kerut dahi Thariq dengan pertanyaan Faruqi. Hatinya mula berdebar kerana dia amat yakin yang buku itu ditinggalkan di rumah.
"Memanglah Sains takde. Tapi Cikgu Latifah kan suruh hantar buku tu hari ni. Jangan pulak kau kata tak bawak. Habislah kau." Kata Faruqi sekadar mengusik.
"Hah? Serius ke? Alamak! Aku memang tak bawak la. Macam mana ni? Aduh, mesti kena marah lagi." Thariq sudah menarik-narik tali lehernya. Terasa seakan tersesak nafasnya dek terlalu risau.
"Kau pergilah telefon ayah kau suruh pergi ambik jap. Bukannya jauh pun office ayah kau dengan rumah."
"Aku baru je lepas marah ayah. Nak ke ayah pergi ambik buku aku? Takpe lah. Cuba je dulu." Thariq berkira-kira dalam hati.
Terus dia menuju ke telefon awam yang berada di tepi pondok pengawal.
.....
Arman sudah sampai di parking lot pejabatnya. Dilihat jam di tangan sudah 7.50 pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
"Ayah! Thariq ni." Kedengaran suara anak kecilnya di talian. "Oh, Thariq. Kenapa nak?"
"Em.." Thariq sedikit teragak-agak.
"Ayah, Thariq tertinggal buku praktikal kat rumah. Kena hantar hari ni. Kalau tak cikgu marah. Ayah tolong hantarkan, boleh tak? Buku tu ada kat atas meja dalam bilik."
"Oh." Arman kembali melihat jam di tangan.
"Ok, jap lagi ayah hantarkan." Arman sudah serba salah.
Pagi ini dia perlu menemani ketuanya untuk bermesyuarat dengan syarikat penaja pengiklanan untuk produk terbaru keluaran syarikatnya yang bermula pukul 8.15 pagi. Tetapi yang pastinya dia tidak mahu anak kesayangannya itu dimarahi guru. Biarlah dia yang berkorban sedikit buat anak tunggalnya itu.
Seperti yang dijangka, Arman dimarahi ketuanya kerana terlambat ke pejabat semula setelah menghantar buku Thariq. Dia tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kerana sudah seringkali anaknya menjadi sebab atas kelewatannya ke tempat kerja. Bagi Arman, kesalahan itu memang terletak di atas bahunya sendiri kerana tidak pandai dalam mengurus masa dan kehidupannya dengan baik.
"Siti, kalaulah awak masih di sisi abang." Tiba-tiba hatinya terasa sayu mengenangkan arwah isterinya.
Isterinya yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelamatkan Thariq yang mandi di laut lima tahun yang lalu. Kejadian yang benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.
Arman masih teringat bila mana dia yang ketika itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada mertuanya. Satu panggilan yang benar-benar meluruhkan jantungnya. Kehilangan seorang isteri tersayang.

"Sebab kaulah isteri aku mati!" terbayang di ingatannya saat dia memarahi Thariq kerana tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya. Anak kecil yang baru berusia lima tahun yang masih tidak dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku hanya meraung-raung di sisi neneknya kerana dimarahi ayah.
Setelah peristiwa itu, setahun Thariq ditinggalkan di bawah penjagaan mertuanya. Arman yang pergi membawa diri. Sehinggalah pada suatu hari dia menerima berita bahawa anaknya demam panas.
Walaupun hatinya masih sakit, namun naluri kebapaannya masih kuat. Di saat dia menatap wajah sugul anaknya yang mirip dengan arwah isterinya, ego lelakinya runtuh. Dipeluknya Thariq sekuat hati.
"Maafkan ayah, nak. Ayah tak patut salahkan Thariq. Bukan salah Thariq." Teresak-esak Arman melutut di sisi anaknya. Menyesali akan perbuatannya, Arman sudah berjanji untuk menjaga Thariq sebaik mungkin dan melunaskan janjinya buat arwah isterinya.
Janji yang dibuat saat Thariq dilahirkan ke dunia. Janji untuk mendidik anak itu sebaik mungkin supaya menjadi buah amal di Akhirat kelak.
Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberikan peluang kepadanya untuk berusaha menjadi seorang ayah kepada Thariq. Walaupun terkadang kerenah anaknya itu benar-benar mencabar kesabarannya, namun Arman seringkali terkenangkan perbuatannya yang meninggalkan Thariq selama setahun dan hanya menjenguknya beberapa kali.
"Mungkin ini adalah ujian yang Allah S.W.T berikan kepada aku atas sebab perbuatan aku dulu. Dan semuanya sebab Allah S.W.T sayang aku. Allah S.W.T nak peringatkan tentang kesilapan aku," kata-kata yang seringkali ditekankan Arman sebagai sebuah peringatan buat dirinya sendiri.
.....
Selesai Pendidikan Jasmani pada waktu pagi, Thariq masuk ke kelas untuk menukar baju. Hanya beberapa orang rakannya berada dalam kelas sedangkan yang lain masih berlegar-legar di kantin untuk mengisi tekak yang kehausan. Apabila dibuka beg sekolahnya, matanya terpandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut kemas berada di dalam beg.
Dalam kehairanan, dia membuka bungkusan tersebut. Dia tersenyum riang melihat seutas jam tangan yang diidam-idamnya selama ini berada di dalam kotak itu dan sekeping kad terselit di dalamnya. Thariq membuka kad tersebut.
Buat buah hati ayah yang tersayang,
Selamat hari lahir yang ke-10. Ayah minta maaf sebab terlambat bagi hadiah ni pada Thariq. Ayah memang teringin untuk sambut birthday Thariq semalam tapi ayah dah tertidur.
Thariq,
Ayah betul-betul nak minta maaf sebab tak mampu menjadi ayah yang terbaik buat Thariq. Ayah tak mampu nak masak makanan kegemaran Thariq sedap-sedap, ayah tak mampu nak siapkan baju sekolah untuk Thariq pagi-pagi, ayah tak mampu nak luangkan masa untuk bermain dengan Thariq setiap hari, ayah tak mampu nak tolong Thariq siapkan kerja rumah, ayah tak mampu nak belikan semua barang mainan yang Thariq minta. Banyak perkara yang tak mampu ayah buatkan untuk Thariq.
Mungkin sebab ayah hanyalah seorang ayah. Ayah tak mampu menjadi sesempurna seorang ibu yang mampu memberikan kelembutan kasih sayang yang lebih baik buat Thariq. Tapi ayah harapkan dalam kekurangan ini, ayah mampu membuatkan Thariq bahagia seadanya. Dan ayah nak Thariq tahu yang ayah benar-benar sayangkan Thariq. Setiap masa.
Ikhlas,
Ayah.
Basah pipi si anak kecil. "Ayah, maafkan Thariq." Ada sedikit kekesalan di hati Thariq atas sikapnya pagi tadi. Jauh di sudut hati, dia tidak sabar untuk pulang ke rumah hari ini. Ingin menemui ayah yang tersayang.
.....
Kring!!! Loceng sekolah berbunyi.Tidak seperti biasa, Thariqlah orang pertama yang keluar dari kelasnya menuju ke pintu pagar.
Di bibirnya tersenyum riang apabila terbayang ayahnya menunggu di dalam kereta dan sebuah pelukan erat ingin diberikan buat ayahnya. Bukan atas penghargaan hadiah yang diberikan ayahnya semata-mata, tetapi kerana pada saat ini, Thariq benar-benar ingin ucapkan sebuah kata-kata yang tidak pernah diucapkannya buat ayah selama ini.
Kata-kata yang disimpan dek kerana hatinya yang dipenuhi pelbagai prasangka buruk terhadap kasih sayang ayah kepadanya. Mungkin kerana tamparan kisah silam yang masih tersimpan kemas dalam ingatannya.
Sampai di depan pintu pagar, masih belum nampak kelibat ayahnya. Hatinya tiba-tiba terasa kurang enak. Ditepisnya pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri.
Ayah Faruqi sudah sampai dengan wajah yang agak cemas. Dia kelihatan sedang menjelaskan sesuatu kepada Faruqi, perasaan ingin tahu Thariq membuak-buak dalam hati.
"Thariq, kereta ayah kau Myvi hitam, kan?" tanya Faruqi.
Muka Thariq berubah.
"A'ah. Kenapa?" Thariq bertanya dengan perasaan berdebar-debar.
"Em.. ada kereta Myvi hitam accident kat depan simpang sana. Ayah aku nak patah balik pergi tengok. Kau nak ikut?"
Thariq seperti kehilangan nafas seketika. Jantungnya berdegup kencang. Tidak mampu bersuara, dia sekadar mengangguk.
Di simpang tiga itu kelihatan orang ramai sudah berkerumun. Sebuah ambulan sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan polis trafik sedang mengawal lalu lintas yang mulai sesak.
Air mata Thariq kelihatan sudah mula menitik. Langkahnya kaku melihat kereta Myvi yang remuk itu.
"Ayah... Ayah!!" Thariq berlari menuju ke arah sebujur tubuh yang sudah ditutupi kain putih.
"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Ayah! Jangan tinggalkan Thariq sorang diri. Mak dah takde. Takkan ayah pun nak tinggalkan Thariq jugak. Ayah!" Thariq meraung sambil tangannya memeluk erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Terasa gelap seketika dunianya.
"Thariq?" terasa bahunya disentuh lembut. Dengan pandangan mata yang kabur disebabkan air mata yang berlinangan, Thariq memandang ke belakang. Yang kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya memandangnya dengan pandangan kehairanan.
"Ayah!" dipeluk erat tubuh ayahnya. Arman hanya tercengang kurang mengerti. Melihat sekeliling dan matanya terpandang sebuah Myvi hitam yang remuk teruk tersadai di tepi jalan. Barulah dia mengerti apa yang sebenarnya terjadi.
"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Thariq mintak maaf sebab kasar dengan ayah pagi tadi. Jangan tinggalkan Thariq lagi, ayah," Teresak-esak Thariq memeluk ayahnya. Dalam hati, sejuta kesyukuran bertandang apabila menyedari ayahnya masih di sisi. Arman tersenyum memandang anaknya.
Perasaan gelisah bila melihat anaknya tiada di depan pintu pagar sekolah benar-benar terubat kini. Jika tidak kerana pengawal sekolah yang memberitahunya bahawa Thariq telah pulang bersama Faruqi, mungkin dia telah hilang arah untuk mencari anaknya yang tiada di sekolah.
.....
Jam sudah menunjukkan angka sebelas malam. Arman bersiap-siap untuk tidur. Pakaiannya dan Thariq sudah siap digosok. Bimbang jika esok terlewat bangun lagi. Di fikirannya sedang berkira-kira sarapan apa yang ingin disiapkan buat anaknya.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.
"Ayah, boleh Thariq tidur dengan ayah?" Ujar Thariq teragak-agak sambil tangannya memegang bantal busuk Doraemonnya.
Arman tersenyum. Hatinya terasa bersyukur dengan perubahan sikap Thariq yang tiba-tiba.
Adakah kejadian hari ini benar-benar terkesan di hati anaknya?
Thariq naik ke katil lantas meletakkan kepalanya di bantal sebelah ayahnya.
"Selamat malam Thariq. Jangan lupa baca doa tidur," Arman tersenyum sambil menutup lampu.
"Selamat malam ayah. Thariq sayang ayah." Arman terkedu dalam kegelapan. Kata-kata yang dinanti-nantikan selama ini. Kata-kata yang benar-benar dirindui untuk didengari oleh Arman.
Setitis air mata mengalir ke pipinya.
"InsyaAllah, esok Tuhan pasti menjanjikan hari yang lebih baik buat kita berdua." Bisik Arman dalam hatinya.
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik." (Al-Isra':23)

Nota: Hargailah kedua ibubapa yang masih berada di sisi. Kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal menanti pada esok hari.

credit to iluvislam.com

Siti Nur Qisyriena Lokman

lahir mu membawa cahaya dalam kehidupan Mama dan Babah... betapa bahagia nya kami bila kamu di lahirkan ke dunia ni sayang... terasa begitu bermakna saat menatap wajah mu yg suci n murni... walaupun pelbagai dugaan yg mendatang semenjak mengandungkan mu hingga la diri mu lahir ke dunia ini namun semua itu di tempuh dgn penuh ketabahan untuk kebaikkan mu sayang...  kini usia mu hampir menjangkau 2 tahun... terlalu cepat masa berlalu hingga Mama x sedar anak Mama dh semakin besar... doa Mama n Babah moga Qisyriena akan menjadi anak yg soleh dan insan yg berguna... 
21/11/2009 1.04am

2 bulan

lebih kurang 3 bulan

si demuk dh 4/5 bulan


waktu ni dh 9 bulan


10 bulan



ni plak dh setahun

setahun ++


lidah hagemaru

drive kete yer

bergaya dengan spec babah

kanak2 muslimah sejati


setahun 10 bulan


Thursday, November 10, 2011

Rona AidilAdha yg sempat di snap..


 antara pic yg sempat d snap oleh kamera adik aku... terlalu sibuk tuk snap pic hr tuh... so ini jer la yg ada..
lembu tu kurus bab xnk makan.. dh tahu nk jd korban kot

semangat gotong royong d pg raya
proses memposisikan lembu

suami den bersiap sedia dgn parang
sesi gantung daging
proses memotong daging
mama dgn nyang tengah bertekak pasal nk masak daging korban.. bertekak manja2 gitu

bergaya dengan baju baru... setiap kali raya mesti kena beli baju aduhai pokai mama pasni


Monday, November 7, 2011

Hari Raya AidilAdha

Alhamdulillah pd tahun ni seperti tahun2 yg lepas.. family aku merangkap Ma n Pa masih mampu tuk menjalankan ibadah Korban... sekarang aku hanya berdoa impian mereka tuk ke Mekah menunaikan haji akan kesampaian... semoga Allah memberi kesenangan tuk mereka bg merealisasikan impian itu... Amin

semalam hari pertama after solat sunat AidilAdha kami menjalankan ibadah korban... anak aku excited bebenor nk tgk.. aku lak jenis x sampai ht nk tengok... mana x excited 2 hr lembu tuh sampai kat umah dier la penjenguk setia.. asyik nk g tengok lembu jer... bila org kumpul nk sembelih pun dier tetap nk g tengok.. nk x nk terpaksa lepaskan dier... aku ikut dr belakang jer.. waktu org dh nk sembelih tuh aku terus melangkah ke arah rumah... x sanggup bab air mata dh nk menitis... don't know why... dr dulu sampai skrg nk sembelih ayam pun aku x boleh tgk...

lepas sembelih org pun duk lapah la lembu tuh.. aku ckp kat Qisy.. adik lembu adik dh xder kulit... dier tengok lama lembu tuh pastu terus tny  Mama embu aner..(Mama lembu mana)?? rupanya dier dh x perasan itu lembu... yer la dh terbalik pastu dh x der kulit.. budak2 la katakan...

hm raya AidilAdha kali ni aku just duk umah... yer la mana nk uruskan daging nk masak daging n bahagi2 daging tuk d beri sedekahkan pd org sekeliling... huiissh banyak tul daging dlm peti tuh... tuh dh bahagi2 kalau x bg kat saper2 mahu x muat 2 peti sejuk tuh.... nampak gayanya mahu la 4 5 hari lg juadah or menu sarapan,lunch n dinner semuanya berasaskan daging hehehe... lumrah raya Aidiladha mcm tuh la.. tuh x campur dgn yg org bg... biasa la kat sini mmg selalu bertukar mcm tuh... kita bg kat diorg t diorg bg kat kita lak walaupun sebenarnya x harap pun pembalasan mcm tuh.... 
yg agak gamat raya haji tahun ni ialah makanan kami nyaris2 x cukup... hehehe planning awal just nk wat nasi himpit dgn kuah kacang dn sedikit rendang... so aku pun beli bahan2 tuk wat yg tuh jer... sekali  pg tuh bila ramai dtg tuk wat keje time korban lembu tuh nasi himpit habis... x gabra aku... mana nk cr pg2 raya mcm tu.. tp Alhamdulillah dgn izin Allah semuanya cukup... syukur sgt2...

banyak pic yg sempat d snap.. insyaAllah x lama lg akan d upload dlm FB dan blog ni... nampak gayanya itu jer la kisah raya haji aku tahun ni bersama anak suami n family tersayang...


Thursday, November 3, 2011

Mood Novel


hm rasanya dh lama x baca novel... kalau x silap awal tahun baru ni aku terpandang satu novel ni yg menarik perhatian so aku pun beli... tp malangnya x berkesempatan nk baca... semalam lepas Qisy tdo aku baru teringat tentang novel yg rasanya dh berkurun aku letak kat tingkat baju Qisy... punya la sibuk sampai terlupa nk bc sedangkan dh hmpir setahun beli... hehehe.. 



ha ni la novel nya... tengok tajuk dia tuh la yg wat aku tertarik nk baca... sedap x sedap x tahu lg tp bila tgk cover mcm ni mmg menarik perhatian pembaca... aku lak mmg dh lama sgt x bc novel.. last aku bc novel time aku study kat UTM... waktu tuh aku peminat setia karya NB... hbs novel dia aku cr n beli.. tp semenjak dh ada anak mmg dh x pegang... terasa kesuntukan masa sgt2.. kdg2 pelik gak bukannya banyak sgt keje nk wat tp mmg xder ms la nk pegang novel... bc Al-Quran pun lepas solat Maghrib jer... kalau nk banding time study n pregnant dulu mmg terasa sgt malu bab dh makin kurang membaca...

k la semalam aku pun koyak la plastik novel ni dan dpt la selak beberapa helaian pertama tuk di baca... hm boleh tahan la jalan ceritanya... dn mcm biasa la hero nya haruslah kacak tampan dan kaya... heroin lak cantik sopan tp x berapa kaya... kdg2 hairan naper la penulis novel suka sgt wat watak yg mcm ni... apa kata wat watak lelaki x hensem n x kaya atau dengan lebih terangnya bukan Hero Pilihan Malaya la... hehehe... girl lak wat watak yg agak x comel... hm sepanjang bc novel x jumpa lg la... kalau saper2 pnh bc novel yg ada kriteria mcm ni suggest tajuk novel tuh eh... teringin sgt nk bc... bukan apa kdg2 bosan gak bc novel yg terlalu perfect hero n heroinnya... mcm hidup dlm alam fantasi hehehe

hm ada satu lg buku yg baru beberapa helai aku selak halamannya... tajuk dia Wanita Super dgn Asma Ul Husna... insyaAllah kalau dh hbs bc t saya kongsi ilmu tersebut dgn kawan2... harap2 dapat la habiskan tahun ni... bukan apa t g kedai buku mula la gatal tgn nk beli buku lg pastu wat koleksi bab nk bc x sempat hehehe....

Saturday, October 29, 2011

PPPT temuduga punya cerita

hm hr ni baru ada kekuatan tuk aku mencoretkan sedikit pengalaman temuduga aku tuk jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi gred DH41... waktu mula2 dpt surat tawaran ni aku biasa jer tp Pa aku (ayah aku) yg terlalu excited... maybe Pa harap sgt aku spt kot keje ni... ntah la.. so tarikh temuduga tuh 19hb 10 2011... tempat temuduga kat Putrajaya.. waktu dpt surat tuh kalau x silap lg 2 3 minggu nk temuduga jd byk la masa tuk study (kononnya la heheh) tp apakan daya dengan kesibukkan menguruskan anak dan rumah aku jd malas nk study... Maybe bab dh lama x pegang buku kot... lg satu banyak buku dh xder dh bg kat org tuk diorg wat rujukan... so aku pun mula la godek2 contoh soalan temuduga PPPT kat internet.. fuh berderau darah bila tengok contoh soalan tuh... mcm2 soalan killer diorg bgtau.. so aku bertambah la mls bab tekanan n takut.. (org biasanya kalau takut lg rajin tp aku lak sebalik nya) hehehe nk wat mcm mana dh mmg mls...

19hb hr tuh aku pun g la Putrajaya... Ma Pa n Hubby aku bersama anak aku yg comel tuh la yg menghantar aku sampai ke pintu depan tempat temuduga tuh... (nk bg bersemangat sikit la kononnya).. aku ni bila dh tertekan mula la asyik nk ke tandas jer.. bukan nk membuang tp gemuruh sampai perut senak jer... sabor jer la sementara nk sampai giliran... aku dapat no giliran yg terakhir.. no 5 bg sesi 1030 pagi... kalau x silap aku ada 13 orang jer candidate tuk course Pembuatan.. kebanyakkan nya dr UTHM... dr UTM cuma 3 org.. aku Psod n sorang lg senior (sorang2 jer Teruna time tuh) lebih kurang kul 10 aku g lapor diri (sampai depan pintu kul 745 tp takut nk masuk) yer la lg pun sesi aku lmbt lg kan hehehe... aku pun tunggu la depan bilik 16 tuk d temuduga.. waktu tuh ada 7 org candidate termasuk aku... 6 drnya dr UTHM... aku jer la UTM.. giliran aku lambat lg jd bila diorg kuar jer diorg bgtau apa yg d temuduga... lg la aku takut bab aku mmg x tahu apa yg diorg ceritakan tuh... sedih sgt time tuh (nyesal x baca buku)

kul 12.30 turn aku.. dengan selawat n Al-Fatihah aku gagahkan diri masuk n melemparkan senyuman berserta ucapan Assalamualaikum Tn Hj n Selamat pg Encik... waktu tuh terus hilang sakit perut aku ( hilang bab Tn Hj dgn Encik tuh melemparkan senyuman balik tuk aku) dlm ht kira ok la ni hehehe... aku pun duduk dgn tertibnya tnp d sedari kaki dh tersilang huhuhu (bukan silang panggung cuma selitkan kaki kanan belakang kaki kiri) (nk hilangkan takut sampai x reti nk duduk dgn betul) 

kat bawah ni ada lah sikit soalan n jawapan time temuduga tuh...
Tn Hj........saper hantar
Aku......... Mak ayah
Tn HJ........ knp diorg hantar.. naper x dtg sendiri... nanti kami hantar awak kat hulu kampung xkn awak nak bw mak sekali
Aku........ diorg hantar bab nk bg support... biasa sy leh drive sendiri mana sy nk g
Tn Hj...... oh boleh drive..Cik Hazrien dari mana... 
Aku.........dr Pahang...
Tn Hj....... Felda ker
Aku.......... ha ah Felda Keratong
Tn Hj......... selalu g shopping kat mana
Aku.......... kat segamat
Tn Hj....... patut la sy selalu jumpa orang Keratong kat Segamat...siap bawa van.. penuh van lepas shopping
Aku........ barang kat segamat murah sikit so kami selalu beli bundle barang keperluan
Tn Hj....... bagus betul org Keratong.. ada plan tuk jimat
Aku......... dh mmg rutin mcm tuh kot
Tn Hj...... asal dr mana
Aku.......... dr Keratong
Tn HJ......... Keratong kan semua nya org dr negeri lain..mcm mana awak leh ckp asal Keratong
Aku......... sy lahir kat Keratong
Tn Hj........ayah dgn mak awak pun asal Keratong ker..
Aku...... x la.. ayah asal Terengganu
Tn HJ..... maknanya awak bukan asal Keratong tp asal Terengganu la,,
Aku.... (masih x puas hati) saya bukan asal Terengganu bab Mak sy dr Perlis..
Tn Hj.... jauhnya.. mak ayah awak jumpa kat mana
aku......... keratong... (hrp2 dier x tny dh pasal ni)

hbs sesi suai kenal yg penuh dgn gelak ketawa... byk lg tp x larat nk taip..t korang jemu lak nk bc....
time tuk soalan serius lak
Tn Hj...... Cik Hazrien sy nk aju satu persoalan...
Aku......... insyaAllah sy akan cuba jawab (dengan penuh yakin)
Tn Hj....... mcm mana nk jd Pensyarah yg semua pelajar suka
Aku........ jgn jd pensyarah yg sok sendiri.. ajar ikut buku... hanya ngadap papan putih... bercakap dgn diri sendiri jer...n mcm2 la aku ckp (pengalaman diri waku blaja dulu... aku bgtau semua kriteria pensyarah yg aku mmg anti waktu dulu ) hehehehe sorry la yerk 
Tn Hj....... kalau awak nk jd pensyarah apa awak nk wat tuk tarik minat pelajar
Aku......... mcm sy bgtau td sy xkn jd pensyarah yg syiok sendiri.. akan sentiasa kemukakan idea berdasarkan persekitaran n buat something yg pelajar xkn jemu ( pastuh aku ulang balik apa aku sebut sebelum ni)
Tn Hj........ saya bg tips tuk Cik Hazrien... kalau nk masuk ngajar selalu sediakan teka teki... bukan apa sajer nk bg pelajar berfikir n seronok... setiap hr kita masuk kita bg satu teka teki berlainan... bila satu hari kita terlupa nk bg pasti diorg akan minta dari kita...
Aku........ maknanya kita kena kreatif la tuk tarik minat pelajar bg diorg seronok belajar dgn kita...
Tn Hj.... (byk lg dier bg tips tp aku dh mls nk taip hehehe..nk tahu t ctc la aku)

turn Encik lak yg tny aku
Encik........ what are u study in Advanced manufacturing
Aku....... eerrr (bab baru lepas gelak2 dgn Tn HJ tiba2 dpt soalan BI jd gugup jap...) i learn abaout Robot, CNC EDM
Encik....... all this thing exist at ur University..
Aku........ of course.... at my lab have a robotik...
Encik...... how much the axis of robotik (lebih kurang g2 la ayat dier aku x berapa ingat)
Aku....... eeerrr i think 3 axis.. (aku hentam jer)
Encik..... awak guna semua peralatan kat lab or just teori
Aku...... ada yg guna mcm CNC Turning milling grinding...
Encik,.... untuk final thesis
aku......... yes tuk final thesis
Encik....... cerita la apasal thesis awak
aku............. sy reka tyre holder tuk tayar truck yg besar... (panjang aku cerita n byk diorg tanya)
encik...... kena kongsi dgn industri idea awak ni
aku......... (ada juga yg hargai usaha aku rupanya...dlm ht jer ni) errr....tergugup x tahu nk ckp apa...

pastuh byk la lg soal jwp tntg thesis aku.. Tn Hj dgn Encik tu mmg nk tahu sgt bab thesis tuh.. rugi lak x bw... pengalaman pertama kan..  tp ada satu soalan yg aku nk sgt story dgn korang bab soalan ni la wat aku terkedu n terpucat sejenak dlm bilik tuh

TUAN HAJI.... ada berapa bandar sepanjang Sungai Pahang dan saper Menteri Besar yg pegang jwatan tuh paling lama..... Berapa penggal Adnan Yaakob pegang jwtn MB Phg......

aku mmg terkedu bab aku hafal bab negara bukan bab negeri... jwp ikut suka hati aku jer laa... (mana aku tahu aku tambah sikit).............
itu la kisah temuduga aku...............

Monday, October 24, 2011

Jalan-jalan yg haru


semalam 23/10/2011 aku ikut parents p KL.. kononnya plan dgn Hubby samapai KL kami nk p jalan2 kat KLCC.. tp apakan daya.. dalam perjalanan ke sana Qisy mmg buas sgt2.. x reti langsung nk duk diam.. lama2 kepala aku dh start miong.. aku pun cepat2 pejam mata nk control takut mabuk.. pastu perut aku lak dh terasa semacam jer.. angin dh masuk bab dh lapar sgt.. kul 2 sampai kat bangi kami singgah kat kedai makan tuk lunch tp aku dh start muntah2.. aku paksa gak makan nasi bab perut dh lapar sgt.. lepas makan aku terus lari masuk dlm kete n pejam mata bab takut aku luahkan semula makanan td.. aku tahan dr muntah sampai kat Shah Alam.. elok jer mula2.. pastuh aku muntah lg.. kali ni mmg x boleh buka mata langsung.. bila nk bangun berjalan dh mula rasa huyung hayang... sampai tempat adik aku kat seksyen 7 aku terus tdo sampai 6.30ptg.. bgn dr tdo dh rasa ok so aku pun mandi n solat asar n zohor.. (jamak) pastu aku minta air panas bab perut dh lapar sgt... then lepas jer minum air milo aku terasa pening lagi.. hbs aku luahkan segalanya... diorang p jalan kat I-City aku tdo dlm kete jer sampai diorg siap.. sampai balik keratong aku tetap tdo smbil peluk anak Qisy.. dier lak kalau aku muntah mmg sedih sgt2.. so dier suruh aku peluk dier then dier tdo.. nk alih letak atas kusyen pun marah..so terpaksa la riba n peluk dier sampai ke rumah...
begitu lah kisah perjalanan aku yg x menjadi... huhuhu x sampai lg hajat nk p KLCC dgn Hubby

Sunday, October 9, 2011

Hajat Yang kesampaian

firstly nk ucap ribuan thank to my Hubby (Encik Lokman Abdullah) yg dengan berbesar hati telah memenuhi impian dan hajat diri ini... kononnya tuk sambut besday yg dh lepas.. sebenarnya sambil nyelam sambil minum air... yer la mana x nyer dier kena p KL ada keje tp kejenyer malam so siang tuh dier x tahu nk wat per so dier ajak aku n anak g jalan2 ke KL... 
 

ni on the way g KL




 hm tgk la anak aku.. dh dua kali on the way ke KL dier hanya memakai pampers... bajunyer terpaksa d buka bab dier muntah.. mana x muntah duk dalam kereta sama buas macam duk dlm umah.. last2 pening then muntah.. bila nk pakai kan balik bju mmg x nk la... dier selesa sgt mcm ni.. hai ikut saper la tuh
 
Hubby yg fokus pada jalan walaupun d ganggu oleh Qisy n Mama
bertolak kul 2ptg sampai kat Kl dh 6.30 so xtvt pertama ialah mencari something tuk d isi ke dalam perut.. mana x nyer perut dh nyanyi minta d isi... so destinasi kami ialah Fishesteaks. makanan western dier ok la.. boleh tahan sedap nyer...
Menu tuk Qisy.. Mushroom soup n Garlic Bread.. mmg dier minta sgt

penghilang haus d tekak.. Manggo tuk Babah n Milo tuk Mama n Qisy

Special Grilled Lamb Chop.. Mama Punya

Mix Grill lak Babah punya tp x hbs pun makannyer.. Mama yg kena habiskan hehehe

after makan kami g la tempat Hubby nk test barang keje dier tuh.. around 9.30pm baru siap then kami pun bergegas nk p cr barang yg adik aku kirim n belikan makanan tuk dier.. dekat kul 10.30 kami g hantar semuanya kat adik aku... then alang2 dh dekat dgn I-City Shah Alam, on the way balik kami lepak r situ jap.. saja bg Qisy tengok lampu2 kat situ.. cantik sgt
seronok tgk lampu tuh
Qisy layan jer la apa mama buat yer
Babah n Qisy...
Cak... hehe mcm main cak cak lak


comel x adik hehehe

Tuesday, October 4, 2011

2/10/2011

kek buatan sendiri..ermmm

besday aku jatuh hari Ahad tahun ni... cadang nyer mula2 nk p jalan KL menghabiskan sisa2 duit yg ada..
tup2 last minit dapat projek cantik punya... menguruskan ladang ayah aku... aku mmg dr dulu nk sgt nguruskan ladang tuh... bukan nk bolot harta tp nk wat projek ternak lembu kat situ... wat tambah income seisi rumah...
so pg2 ahad tuh aku dpt wish dr Hubby.. romantik jer cara dier wish... dier wish kat telinga time aku ngah tdo.. (pura2 tdo)...aku wat x tahu jer dier wish... yer la dh nama pura2 tdo so diam jer la... gembira x terkata dlm ht time tuh... x lupa lg rupanya hubby aku tentang tarikh ni...Alhamdulillah
kul 8.30pg aku pun celebrate besday aku kat ladang ayah aku bersama2 tikus,nyamuk,unggas,belalang n mcm2 lg la... naik lenguh n melecet tgn ni duk tebas semak samun kat situ... mula2 dh patah semangat n sedih yer la sambut besday dlm ladang hehehe... tp bila tgk hasil kerja aku n Hubby terasa seronok lak.. punya la sibuk wat keje sampai x sedar jam dh 12tgh hari.. aku balik umah... sepanjang jln Hubby tanya xnk g mana2 ker... aku ni x tahu nk ckp mcm mana... hajat ht nk p makan2 sedap la.. besday kan.. tup2 terkeluar dr mulut ni.. xnk la... huhuhu mulut selalu kuarkan kata2 yg langsung x sama dgn hati ni.. kenapa eh....
ptg tuh aku beli kelengkapan wat kek n aku telah berjaya akhirnya menyiapkan kek coklat.. (selama ni wat selalu x jd).. nk jdkan cerita hr tuh jadi elok lak kek aku.. so aku pun wat topping n letak la cerry n colour rice atas dier... nk hias mmg x pndai so tabur ajer.. hehehe
agak mampat bab d potong ketika panas (baru kuar oven)
Pa bacakan doa selamat (moga aku berjaya dan selamat dlm hidup)
ayah aku wat baca doa selamat sikit n kami pun 1 family makan kek tuh...

itu jer la sambutan besday aku tahun ni.. simple without kek beli n hadiah tp aku happy....


anak aku x sabar duk minta aku potong kek tuk dier

sampai dh jd misai dier mkn kek ish ish ish

Kek Coklat Mudah (Bakar)

Maaf hiasan x cantik..(xder bakat nk hias)

2 cwn tepung naik sendiri
2 cwn gula
1/2 cwn serbuk koko
1sk baking powder
500mL susu cair coklat
4bj telur
1 cwn butter
1/2 cwn minyak masak
1sk vanilla

cara masak senang jer..
1.kacau butter dan gula sampai kembang
2.masukkan telur + susu cair coklat + baking powder + vanilla + minyak masak
3.masukkan tepung + serbuk koko
kemudian bakar pada suhu 180C lebih kurang 45minit

untuk topping kek
1/4 cwn serbuk koko
3sb susu pekat (kalau suka manis tmbh 2sb lg)
2sb butter
2sb susu segar atau air (kalau xnk pekat sgt boleh tmbh air lg ikut suka hati anda)
cara buat topping senang ajer... campur semua bahan dalam periuk then masak sampai semua sebati...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...